Jepun temui simpanan unsur nadir bumi laut dalam

Sampel diambil oleh bot penggerudian saintifik laut dalam digelar Chikyu.
Sampel diambil oleh bot penggerudian saintifik laut dalam digelar Chikyu.
A
A
A

TOKYO – Kerajaan Jepun mengumumkan penemuan sedimen yang mengandungi unsur nadir bumi (rare earth elements, REE) di dasar laut pada kedalaman kira-kira 6,000 meter, sekali gus disifatkan sebagai satu pencapaian penting dalam usaha mengukuhkan keselamatan ekonomi negara itu.

Pengumuman berkenaan dibuat pada Isnin, ketika Tokyo giat mengurangkan kebergantungan terhadap China bagi bekalan mineral strategik tersebut susulan hubungan kedua-dua negara yang dilaporkan tegang sejak November lalu.

Jurucakap kerajaan, Kei Sato berkata, misi itu merupakan yang pertama di dunia bagi menjejaki REE di kawasan laut dalam.

“Ia adalah misi pertama seumpamanya di dunia untuk menjejaki REE di laut dalam. Analisis lanjut akan dijalankan termasuk bagi menentukan jumlah sebenar sumber penting tersebut,” katanya sambil menegaskan penemuan itu signifikan dari sudut keselamatan ekonomi dan pembangunan maritim secara menyeluruh.

Difahamkan, sampel sedimen berkenaan diambil bulan lalu menggunakan kapal penggerudian saintifik laut dalam, Chikyu yang menjalankan ekspedisi di sekitar pulau terpencil Minami Torishima di Lautan Pasifik.

Kawasan perairan di sekeliling pulau itu, yang terletak dalam zon ekonomi eksklusif Jepun, dianggarkan mengandungi lebih 16 juta tan REE, sekali gus menjadikannya rizab ketiga terbesar di dunia. – Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kerajaan Jepun mengumumkan penemuan sedimen yang mengandungi unsur nadir bumi dalam dasar laut pada kedalaman 6,000 meter
  • Penemuan ini penting untuk mengukuhkan keselamatan ekonomi Jepun
  • Tokyo mengurangkan kebergantungan terhadap China untuk bekalan mineral strategik ini
  • Ia merupakan misi pertama di dunia untuk menjejaki REE di laut dalam
  • Kawasan di sekeliling pulau Minami Torishima dianggarkan mengandungi lebih 16 juta tan REE, menjadikannya rizab ketiga terbesar di dunia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!