Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi

Pegawai kesihatan Gaza menganggarkan kira-kira 22,000 pesakit sedang menunggu sempadan itu dibuka semula sepenuhnya.
Pegawai kesihatan Gaza menganggarkan kira-kira 22,000 pesakit sedang menunggu sempadan itu dibuka semula sepenuhnya.
A
A
A

ISTANBUL - Sempadan Rafah di antara Mesir-Gaza kembali beroperasi secara rasmi pada Isnin, dengan 50 orang dijangka meninggalkan Gaza manakala 50 yang lain dijadualkan pulang, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan.

Al-Qahera News melaporkan pada Isnin bahawa kumpulan pertama rakyat Palestin telah tiba di sempadan tersebut.

Pihak Palestin di sempadan Rafah mula beroperasi secara percubaan pada Ahad selepas ditutup sepenuhnya selama lebih 18 bulan disebabkan sekatan Israel.

Kira-kira 50 rakyat Palestin dijangka memasuki Gaza, manakala 150 pesakit serta pengiring mereka dijadualkan meninggalkan kawasan kepungan itu untuk mendapatkan rawatan perubatan di Mesir, menurut media Israel.

Pegawai kesihatan Gaza menganggarkan kira-kira 22,000 pesakit sedang menunggu sempadan itu dibuka semula sepenuhnya.

Israel telah mengawal bahagian Palestin di sempadan Rafah sejak Mei 2024, semasa kempen ketenteraannya di Gaza yang bermula pada Oktober 2023. - Bernama/Anadolu

 sempadan Rafah, operasi, Gaza, lintasan

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sempadan Rafah di antara Mesir-Gaza dibuka semula secara rasmi pada Isnin
  • 50 orang dijangka meninggalkan Gaza dan 50 lainnya dijadualkan pulang
  • Operasi sempadan bermula secara percubaan selepas tutup lebih 18 bulan akibat sekatan Israel
  • Kira-kira 150 pesakit dan pengiring mereka dijadualkan meninggalkan Gaza untuk rawatan perubatan di Mesir
  • Israel telah mengawal bahagian Palestin di sempadan Rafah sejak Mei 2024

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!