Prabowo dedah dunia kagum dengan Indonesia

Prabowo menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan.- Agensi
Prabowo menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan.- Agensi
A
A
A

JAKARTA - Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto mendedahkan bahawa banyak negara luar kagum dan hairan terhadap keadaan sosial bangsanya.

Menurut Prabowo, pada mata dunia antarabangsa, Indonesia sering disebut sebagai 'sebuah negara yang mustahil' (an impossible nation) kerana mampu bertahan sebagai sebuah negara kesatuan di tengah kepelbagaian suku, ras, agama dan bahasa.

Kenyataan itu disampaikan Prabowo ketika memberi taklimat pada Rapat Koordinasi Nasional (Rakornas) Kerajaan Pusat dan Daerah Tahun 2026 di Sentul, Bogor, Jawa Barat pada Isnin.

“Ramai yang sentiasa menilai, ramai dari luar bangsa kita yang mengatakan bahawa bangsa Indonesia adalah bangsa yang tidak mungkin. Indonesia is an impossible nation,” kata Prabowo.

Menurut beliau, bangsa-bangsa lain sukar membayangkan bagaimana Indonesia yang mempunyai ratusan kumpulan etnik, pelbagai ras dan agama-agama besar boleh bersatu dalam satu kerangka negara.

“Bagaimana begitu banyak kumpulan etnik, begitu banyak ras dan agama boleh disatukan?” ujar Prabowo.

Beliau menjelaskan bahawa kepelbagaian Indonesia sering dilihat sebagai satu kelemahan oleh negara asing.

Mereka meragui keupayaan Indonesia untuk bersatu dan mengejar cita-cita nasional dalam kerangka Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI).

“Mereka tidak dapat membayangkan bagaimana sebuah negara dengan begitu banyak suku bangsa, kumpulan etnik, ras, agama-agama besar dan ratusan bahasa boleh berkumpul, bersatu serta mengejar cita-cita dalam satu kerangka negara kesatuan. Mereka tidak dapat membayangkannya,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam kesempatan itu, Prabowo menegaskan. kepentingan para ketua daerah memahami realiti kemajmukan Indonesia.

Beliau mengingatkan supaya tidak ada pemimpin daerah yang hanya bekerja untuk kepentingan kelompok tertentu dan mengabaikan masyarakat secara keseluruhan.

“Bangsa kita, rakyat kita adalah rakyat yang baik, rakyat yang mahu hidup dalam ketenangan dan keadaan harmoni,” ujarnya.

Prabowo menegaskan bahawa rakyat Indonesia mendambakan pemimpin yang adil, jujur dan bekerja sepenuhnya untuk kepentingan rakyat, bukan untuk segelintir pihak atau kepentingan peribadi.- Agensi

Ringkasan AI

  • Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto mengungkapkan kekaguman negara luar terhadap keunikan Indonesia yang bertahan sebagai negara kesatuan di tengah kepelbagaian
  • Indonesia dilihat sebagai 'negara yang mustahil' oleh masyarakat internasional kerana mampu menyatukan ratusan suku etnik dan berbagai ras serta agama
  • Kekeliruan negara asing terhadap kemampuan Indonesia menjaga persatuan di tengah kepelbagaian budaya dan sosial
  • Kepelbagaian di Indonesia sering dianggap sebagai kelemahan, namun berhasil menjadi kekuatan dalam mempersatukan bangsa
  • Prabowo menekankan pada para ketua daerah agar memahami pentingnya mengutamakan kepentingan bersama dan menjaga harmoni sosial di tengah kemajmukan Indonesia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!