Lelaki ditetak bapa saudara angkat angkara dendam lama

Lokasi di mana mangsa ditetak dalam kejadian di Kampung Kulim, Pasir Puteh pada Selasa.
Lokasi di mana mangsa ditetak dalam kejadian di Kampung Kulim, Pasir Puteh pada Selasa.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang lelaki cedera parah di tangan sebelah kanan dan kepala dipercayai ditetak menggunakan sebilah parang oleh bapa saudara angkat dalam kejadian di Kampung Kulim di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, pada jam 6.30 petang suspek yang berusia 55 tahun dikatakan datang ke rumah mangsa, 44, dan menetak lelaki terbabit beberapa kali.

Suspek direman seminggu bermula pada Rabu
Suspek direman seminggu bermula pada Rabu

"Siasatan awal mendapati motif serangan dipercayai akibat dendam lama.

"Suspek adalah adik-beradik angkat ibu mangsa dan tinggal berhampiran," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Menurut beliau, siasatan yang dijalankan mendapati punca kejadian akibat perselisihan faham yang sudah lama berlaku.

Ujarnya, polis menerima laporan berhubung kejadian terbabit menerusi panggilan kecemasan daripada orang awam.

Tambah beliau, ketika tiba di lokasi, suspek bertindak melarikan diri dan ditahan di rumah suspek tidak lama selepas kejadian.

Zaizul Rizal memberitahu, mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata," katanya.

Suspek kemudian direman seminggu bermula pada Rabu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohamad Aiman Azahan di Mahkamah Majistret Pasir Puteh.

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki cedera parah di tangan kanan dan kepala kerana ditetak dengan parang oleh bapa saudara angkat di Kampung Kulim, Pasir Puteh
  • Suspek berusia 55 tahun menyerang mangsa kerana dendam lama
  • Serangan terjadi di rumah mangsa pada pukul 6.30 petang
  • Suspek ditahan di rumahnya tidak lama selepas kejadian dan kemudian direman seminggu
  • Mangsa dirawat di Hospital Tengku Anis dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!