Kes Zara Qairina: Pengurusan kes 5 remaja didakwa berlangsung pada hari sama inkues dijalankan

KOTA KINABALU - Prosiding pengurusan kes bagi lima remaja yang didakwa berkaitan dengan kematian Zara Qairina Mahathir dijadualkan berlangsung di Mahkamah Kanak-Kanak, di sini pada Khamis.
Prosiding itu yang kedua selepas pengurusan kes yang pertama diadakan pada 25 September lalu.
Sementara itu, prosiding inkues kematian remaja berusia 13 tahun itu turut diadakan pada hari yang sama dan difahamkan, ia akan dihentikan seketika untuk memberi laluan prosiding pengurusan kes dijalankan.
Peguam, Shahlan Jufri berkata, untuk prosiding inkues yang memasuki hari ke-24 terdapat dua saksi kanak-kanak akan memberi keterangan di Mahkamah Koroner.
"Cuma saya difahamkan juga ada prosiding untuk Mahkamah Kanak-Kanak.
"Jadi mungkin kita akan mula dulu dengan inkues dan sekiranya Mahkamah Kanak-Kanak bermula, mungkin inkues akan berehat seketika untuk memberi laluan kepada Mahkamah Kanak-Kanak," katanya.
Shahlan bersama rakan sepasukannya iaitu Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James mewakili Ibu kepada Zara Qairina, Noraidah Lamat, yang hadir sebagai pihak berkepentingan dalam inkues tersebut.
Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ
Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina
Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina
Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina
Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina
Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid
Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum
Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam
Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis
'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'
Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli
Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis
Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah
Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli
Ringkasan AI
- Prosiding pengurusan kes berkaitan kematian Zara Qairina untuk lima remaja diadakan di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu pada Khamis
- Ini adalah prosiding kedua selepas yang pertama pada 25 September
- Inkues kematian Zara Qairina, berusia 13 tahun, juga diadakan pada hari yang sama
- Dua saksi kanak-kanak akan memberi keterangan di Mahkamah Koroner
- Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada 16 Julai sebelum meninggal di hospital esok harinya
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
