Hamas tembak mati 32 anggota geng jenayah dalam operasi keselamatan di Gaza

Hamas mempergiat kawalan keselamatan bagi mengelakkan kekosongan kuasa pascakonflik.
Hamas mempergiat kawalan keselamatan bagi mengelakkan kekosongan kuasa pascakonflik.
A
A
A

 

PASUKAN keselamatan Hamas telah membunuh 32 anggota kumpulan jenayah dalam satu operasi besar-besaran di Gaza City yang dilancarkan selepas gencatan senjata berkuat kuasa pada Jumaat lalu, menurut sumber keselamatan Palestin.

Operasi tersebut menyasarkan sebuah kumpulan yang digelar sebagai “geng berbahaya” yang dikaitkan dengan sebuah keluarga tempatan, dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah terancang termasuk rompakan dan keganasan bersenjata, lapor Reuters.

Menurut pegawai Hamas, seramai enam anggota keselamatan turut terkorban dalam pertempuran yang berlaku semasa operasi dijalankan, manakala 24 individu ditahan dan 30 lagi cedera.

Kementerian Dalam Negeri Hamas memaklumkan bahawa operasi itu adalah sebahagian daripada usaha untuk mengelakkan kekosongan kuasa selepas gencatan senjata, yang boleh membuka ruang kepada jenayah dan kekacauan awam.

Sejak gencatan senjata, Hamas telah mempergiatkan kawalan keselamatan di Gaza bagi memastikan kestabilan dan ketenteraman awam dapat dikekalkan.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dalam kenyataan berasingan menyatakan bahawa Hamas telah diberi kelonggaran untuk menjalankan operasi keselamatan dalaman, walaupun beliau menuntut agar kumpulan itu melucutkan senjata sebagai sebahagian daripada pelan damai Gaza.

Trump berkata, “Kami mahu mereka hentikan masalah dan kami beri mereka kelulusan untuk tempoh tertentu,” merujuk kepada operasi keselamatan yang dijalankan Hamas.

Insiden ini berlaku dalam suasana pascakonflik yang masih tegang, dengan Gaza berusaha bangkit semula daripada kemusnahan akibat serangan Israel, dan Hamas berdepan cabaran untuk mengekalkan kawalan serta kestabilan politik di wilayah berkenaan. - Awani

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • PASUKAN keselamatan Hamas telah membunuh 32 anggota kumpulan jenayah dalam operasi besar-besaran di Gaza City
  • Operasi menyasarkan geng berbahaya yang dikaitkan dengan aktiviti jenayah termasuk rompakan dan keganasan bersenjata
  • Enam anggota keselamatan Hamas terkorban, 24 individu ditahan dan 30 lagi cedera dalam pertempuran
  • Operasi itu dilancarkan untuk mengelakkan kekosongan kuasa pasca gencatan senjata, membuka ruang kepada jenayah dan kekacauan
  • Hamas mempergiatkan kawalan keselamatan di Gaza pasca gencatan senjata untuk memastikan kestabilan dan ketenteraman awam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!