Diserang orang ramai selepas perkosa lembu

Harta awam dan persendirian turut musnah apabila penduduk mengaitkan ia dengan suspek tersebut. Foto Agensi
Harta awam dan persendirian turut musnah apabila penduduk mengaitkan ia dengan suspek tersebut. Foto Agensi
A
A
A

MADHYA PRADESH - Ketegangan melanda daerah Betul pada Ahad lalu selepas tular video yang didakwa memaparkan seorang lelaki melakukan serangan seksual terhadap seekor lembu, hingga mencetuskan kemarahan penduduk setempat dan membawa kepada insiden vandalisme dan pembakaran harta awam.

Kejadian bermula di kawasan Damjipura apabila beberapa pertubuhan Hindu tempatan mengadakan bantahan susulan video tersebut.

Polis memaklumkan lembu berkenaan dipercayai milik suspek sendiri.

Kekacauan semakin meluas apabila penduduk membakar sebuah kedai membaiki tayar yang dikaitkan dengan suspek, dan seterusnya merebak ke beberapa premis lain termasuk kedai elektrik, salon, kedai telefon bimbit serta kedai alat ganti kenderaan.

Pasukan bomba dikerahkan untuk memadam kebakaran, dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Namun, kerugian harta dianggarkan mencecah ratusan ribu rupee.

Superintendan Polis Betul, Virendra Jain, mengesahkan suspek telah ditahan dan siasatan sedang dijalankan.

Beliau menekankan bahawa khabar angin yang tersebar turut menyumbang kepada peningkatan ketegangan.

Pihak berkuasa kini mengenal pasti individu yang terlibat dalam vandalisme dan pembakaran.

Pihak pentadbiran daerah menegaskan keadaan kini terkawal, dengan kawalan keselamatan dipertingkatkan di kawasan sensitif bagi mengelakkan insiden susulan.

Artikel Berkaitan:

Penduduk juga diberikan kaunseling dan disarankan supaya menyalurkan aduan melalui saluran rasmi.- Agensi

Ringkasan AI

  • Ketegangan melanda daerah Betul selepas video serangan seksual terhadap lembu tular
  • Video itu menyebabkan bantahan daripada pertubuhan Hindu tempatan
  • Lembu dalam video dipercayai milik suspek yang telah ditahan
  • Penduduk membakar kedai dan premis yang dikaitkan dengan suspek
  • Kerugian harta dianggarkan mencecah ratusan ribu rupee, namun tiada kemalangan jiwa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!