Warganet kecoh empat bulan muncul serentak di langit

SAINT PETERSBURG - Satu kejadian cakerawala jarang berlaku di Saint Petersburg, Rusia di mana empat bulan muncul di langit malam.
Fenomena menakjubkan itu bagaimanapun mencetuskan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial.
Rangkaian berita RT menerusi platform X melaporkan kemunculan empat bulan tersebut.
Menerusi satu lagi perkongsian oleh Nexta TV, ia menjelaskan kejadian luar biasa itu sebagai paraselene atau fenomena optik (mock atau dog moon) iaitu bayangan bulan palsu yang muncul pada bulan sebenar.
"Bulan tambahan itu muncul pada titik terang di kedua-dua belah bulan sebenar. Ia disebabkan cahaya bulan menembusi kristal ais di atmosfera atas," menurut penerangan berdasarkan Collins Dictionary tersebut.
Kejadian yang tidak mendatangkan sebarang ancaman itu turut dikongsikan secara meluas dan mencetuskan pelbagai teori dalam kalangan warganet.
Rupa-rupanya ia berlaku disebabkan cuaca musim sejuk ekstrem yang sedang melanda rantau berkenaan. - Agensi
Ringkasan AI
- Satu kejadian cakerawala jarang berlaku di Saint Petersburg, Rusia di mana empat bulan muncul di langit malam
- Fenomena itu mencetuskan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial
- Rangkaian berita RT melaporkan kemunculan empat bulan tersebut
- Kejadian itu dikenali sebagai paraselene atau fenomena optik
- Kejadian berpunca dari cuaca musim sejuk ekstrem yang sedang melanda rantau tersebut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

