Perlu ada inisiatif baharu tangani gejala negatif di sekolah - KP Pendidikan

Mohd Azam
Mohd Azam
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gejala negatif yang semakin membimbangkan di sekolah ketika ini perlu dilihat dalam konteks lebih menyeluruh dan bukan sekadar pelanggaran peraturan semata-mata.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, beliau mengakui statistik menunjukkan terdapat pelbagai kes salah laku termasuk amang seksual dan buli dilaporkan.

"Perkara ini mesti diberi perhatian semua pihak dan perlu duduk bersama menyusun strategi, inisiatif, dan bekerjasama untuk membetulkan keadaan.

“Kalau semuanya disimpan di bawah karpet, ia tidak akan selesai. Gejala ini seperti duri dalam daging dan umpama bom atom yang tunggu masa untuk meletup. Sebab itu apa yang berlaku ini perlu diselesaikan dengan segera,” katanya dalam ucapan perasmian Program Kempen Anti Buli di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mohd Azam berkata, perlunya ada inisiatif baharu dibangunkan bagi mendidik generasi muda.

"Pentadbir sekolah serta pengarah pendidikan negeri dan daerah diingatkan untuk memainkan peranan yang lebih mantap dalam mengatur strategi berkaitan sistem pendidikan dan sahsiah pelajar.

"Mereka perlu lebih energetik dan strategik dalam mengurus perkara ini kerana anak-anak hari ini bukan seperti dahulu, di mana kita ketandusan maklumat tetapi hari ini, adanya limpahan maklumat yang terlalu banyak, sehingga ia mengancam pelajar," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Gejala negatif di sekolah kian membimbangkan dan perlu penyelesaian menyeluruh
  • Statistik menunjukkan pelbagai kes salah laku seperti amang seksual dan buli
  • Perlunya kerjasama semua pihak untuk membetulkan situasi
  • Mendesak adanya inisiatif baharu untuk mendidik generasi muda
  • Pentadbir sekolah dan pengarah pendidikan perlu lebih strategik dalam menangani isu ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!