Pelakon positif dadah: Polis lengkapkan kertas siasatan

Shazeli Kahae
Shazeli Kahae
A
A
A

SHAH ALAM - Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berkaitan kes melibatkan seorang pelakon lelaki yang ditahan selepas dipercayai positif dadah baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahae berkata, pihaknya sedang menunggu beberapa arahan dari Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

"Kertas siasatan bagi kes ini telah lengkap dan kita telah diminta untuk melengkapkan lagi siasatan dijalankan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Suspek juga sebelum ini telah dibebaskan dengan jaminan polis," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Rabu.

Media sebelum ini melaporkan suspek berusia lingkungan 40-an direman tiga hari di Mahkamah Shah Alam selepas ditahan Rabu lalu.

Difahamkan suspek direman untuk siasatan di bawah Seksyen Akta 15(1)(a) Dadah Berbahaya 1952 berikutan keputusan ujian saringan air kencing yang didapati positif dadah.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes pelakon lelaki positif dadah
  • Ketua Polis Selangor menunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya
  • Kertas siasatan lengkap, perlu lebih siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952
  • Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
  • Suspek berusia 40an direman tiga hari untuk siasatan dadah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!