Klinik warga asing tawar rawatan muka, kecantikan badan diserbu

JIM menggempur sebuah klinik yang menggunakan khidmat warga asing di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Selasa. Foto: JIM
JIM menggempur sebuah klinik yang menggunakan khidmat warga asing di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Selasa. Foto: JIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Klinik yang menggunakan khidmat warga asing dengan menawarkan rawatan muka dan kecantikan badan disyaki beroperasi tanpa lesen sah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Bukit Bintang di sini digempur pada Selasa.

Serbuan Op Dandan dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur kira-kira jam 2.40 petang hasil maklumat dan risikan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, seramai 15 warga asing termasuk sembilan wanita ditahan selain sitaan beberapa pakaian uniform, telefon bimbit, komputer riba, kamera litar tertutup, lesen perniagaan dan lain-lain dokumen berkaitan syarikat.

Menurutnya, semakan mendapati 13 tangkapan merupakan warga China serta dua Myanmar.

"Siasatan awal mendapati warga China yang ditahan telah menyalah guna Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk bekerja di negara ini.

"Modus operandi klinik ini ialah menawarkan perkhidmatan rawatan muka dan kecantikan badan dengan menggunakan khidmat warga asing yang menyalahgunakan PLS untuk menjalankan prosedur kecantikan.

JIM menggempur sebuah klinik yang menggunakan khidmat warga asing di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Selasa. Foto: JIM
JIM menggempur sebuah klinik yang menggunakan khidmat warga asing di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Selasa. Foto: JIM

"Klinik yang telah beroperasi sejak setahun lalu dan mengaut untung ratusan ribu ringgit ini dipercayai dimiliki oleh seorang warga China yang turut menyalahgunakan pas," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, tiga wanita tempatan yang merupakan pekerja di klinik tersebut juga telah diberikan notis untuk hadir ke pejabat JIM bagi membantu siasatan.

Tegasnya, kesemua warga asing yang ditahan telah dibawa ke Pejabat JIM Kuala Lumpur untuk siasatan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Katanya, JIM akan meneruskan tindakan tegas bagi membanteras apa jua aktiviti yang melanggar undang-undang negara.

"Masyarakat turut diingatkan agar tidak melindungi atau membantu mana-mana pihak yang melanggar undang-undang imigresen.

"Sebarang maklumat boleh disalurkan terus melalui saluran aduan rasmi JIM demi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara," ujarnya.

Ringkasan AI

  • Klinik kecantikan tanpa lesen di Bukit Bintang diserbu oleh Jabatan Imigresen Malaysia
  • Seramai 15 warga asing termasuk sembilan wanita ditahan dalam serbuan
  • Mayoritas yang ditahan adalah warga China, dengan dua dari Myanmar
  • Klinik beroperasi dengan menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial untuk aktiviti perniagaan
  • JIM meneruskan tindakan tegas untuk membanteras aktiviti yang melanggar undang-undang imigresen

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!