Kembalikan kuasa merotan kepada guru - Akmal Saleh

Akmal Saleh
Akmal Saleh
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh menggesa agar kuasa merotan dikembalikan kepada guru sebagai langkah mendidik dan mendisiplinkan pelajar di sekolah.

Beliau berkata, tindakan merotan bukan bertujuan untuk mencederakan, sebaliknya sebagai bentuk pengajaran agar pelajar memahami kesalahan mereka.

“Sebab itu kita bersetuju untuk kembalikan semula kuasa merotan kepada guru. Jika tiada rasa takut, maka susah nak timbul rasa hormat, akhirnya lahirlah manusia yang kurang ajar.

“Merotan itu satu bentuk pengajaran untuk diingati – agar menjadi manusia yang beriman di masa mendatang,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas insiden membabitkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Melaka yang dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar senior.

Lebih menjijikkan, perbuatan itu dirakam dan ditonton dua pelajar lain menggunakan telefon bimbit dalam kejadian di sebuah kelas di Alor Gajah sekitar jam 2.50 petang minggu lalu.

Kejadian yang berlaku pada 2 Oktober terbongkar selepas rakaman video tidak bermoral itu tersebar dalam kalangan pelajar sebelum dimaklumkan kepada guru dan diketahui oleh ibu mangsa pada petang Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh menggesa kuasa merotan dikembalikan kepada guru untuk mendisiplinkan pelajar
  • Beliau berpendapat tindakan merotan sebagai bentuk pengajaran dan bukan bertujuan mencederakan
  • Mengaitkan kurangnya rasa takut dengan timbulnya kurang ajar di kalangan pelajar
  • Merotan dianggap sebagai cara untuk mengingatkan pelajar agar menjadi manusia yang beriman
  • Beliau mengulas insiden rogol bergilir seorang pelajar perempuan di Melaka yang dirakam dan tersebar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!