PM beri penjelasan isu jajaran sempadan Malaysia, Indonesia di Parlimen hari ini

Poster penerangan isu Jajaran Sempadan Malaysia, Indonesia di Parlimen.
Poster penerangan isu Jajaran Sempadan Malaysia, Indonesia di Parlimen.
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi penjelasan mengenai Jajaran Sempadan Malaysia dan Indonesia di Parlimen hari ini.

Anwar menerusi laman Faceboknya berkata, penerangan secara terperinci berhubung isu itu akan dibuat pada jam 11.30 dalam Sesi Penerangan Khas.

"Semoga penjelasan ini memberi manfaat kepada semua.

"Ia khususnya bagi memperbetulkan kekeliruan dan salah faham yang telah timbul dalam kalangan masyarakat," jelasnya pada Rabu.

Terdahulu, media melaporkan peta sempadan antara Indonesia dan Malaysia mengalami perubahan signifikan susulan penyelesaian OBP yang menyaksikan tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini secara rasmi berada di dalam wilayah kedaulatan Malaysia.

Pada masa sama, Arthur menegaskan laporan media menyatakan 'Malaysia memberikan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan untuk tiga kampung kawasan Nunukan, berdekatan sempadan Sabah-Kalimantan' adalah tidak tepat.

Sebelum ini, Anwar turut menegaskan bahawa Malaysia masih menjalankan rundingan dengan Indonesia berhubung isu pengukuran sempadan darat membabitkan tiga kampung di Kalimantan Utara, Indonesia.

Beliau turut menolak dakwaan kononnya Malaysia telah menyerahkan tanah kepada republik itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!