Malaysia-Jerman perkukuh hubungan pertahanan, sasar muktamadkan JDOI

Mohamed Khaled bersama Duta Besar Jerman ke Malaysia, Silke Riecken-Daerr di Wisma Pertahanan pada Selasa. Foto FB Khaled Nordin 
Mohamed Khaled bersama Duta Besar Jerman ke Malaysia, Silke Riecken-Daerr di Wisma Pertahanan pada Selasa. Foto FB Khaled Nordin 
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Jerman terus memperkukuh hubungan pertahanan kedua-dua negara yang semakin berkembang positif termasuk menerusi usaha memuktamadkan Joint Declaration of Intent (JDOI) bagi mengangkat hubungan dua hala ke tahap yang lebih strategik.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi hantaran di Facebooknya berkata, perkara itu antara yang dibincangkan dalam pertemuannya dengan Duta Besar Jerman ke Malaysia, Silke Riecken-Daerr di Wisma Pertahanan di sini pada Selasa.

"Perbincangan turut menyentuh kerjasama industri pertahanan selari dengan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) yang dilancarkan pada bulan lepas, serta sokongan Jerman melalui Enable & Enhance (E&E) Initiative.

"(E&E) Initiative ialah inisiatif bantuan keselamatan kerajaan Jerman yang bertujuan membantu rakan strategik meningkatkan keupayaan ketenteraan dan keselamatan, khususnya di rantau Indo Pasifik,” katanya menerusi hantaran itu.

Beliau berkata, pelaksanaan inisiatif berkenaan yang bermula pada 2024 termasuk dengan cadangan menaik taraf kemudahan latihan tentera darat.

Selain itu, pertemuan turut membincangkan penglibatan industri pertahanan Jerman dalam pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2026, katanya.

Mohamed Khaled turut menyifatkan keseluruhan perbincangan mencerminkan komitmen bersama Malaysia dan Jerman dalam memperkukuh keselamatan serantau, pembangunan keupayaan serta ekosistem pertahanan yang mampan demi kepentingan bersama. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

Ringkasan AI

  • Malaysia dan Jerman memperkukuh hubungan pertahanan melalui Joint Declaration of Intent
  • Pertemuan antara Menteri Pertahanan Malaysia dan Duta Besar Jerman menyentuh kerjasama industri pertahanan
  • Jerman mendukung Malaysia dengan Enable & Enhance Initiative untuk meningkatkan keupayaan ketenteraan di Indo Pasifik
  • Inisiatif ini akan dimulai pada 2024, termasuk cadangan untuk menaik taraf kemudahan latihan tentera darat
  • Pertemuan juga mencakupi penglibatan Jerman dalam pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2026

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!