LEGO Bloom Bar x Lazada tawar pengalaman interaktif Hari Valentine

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR – Buat julung kalinya, LEGO Group dan Lazada Malaysia menjalin kerjasama merentas platform bagi menyemarakkan sambutan Hari Valentine menerusi pengalaman yang lebih interaktif dan bermakna, selari dengan kecenderungan pasangan masa kini yang mengutamakan masa berkualiti serta aktiviti bersama.

Seiring perubahan gaya sambutan Hari Valentine, semakin ramai pasangan memilih pendekatan yang lebih santai dan peribadi berbanding makan malam di restoran sesak atau perancangan konvensional. Tumpuan kini lebih tertumpu kepada masa kebersamaan yang lebih bermakna, sama ada melalui aktiviti di rumah atau pengalaman yang mengeratkan hubungan.

No Image Caption

Bagi menyokong trend tersebut, LEGO dan Lazada menganjurkan pop-up LEGO Bloom Bar x Lazada yang akan berlangsung dari 6 hingga 8 Februari di Elmina Lakeside Mall, sekali gus membolehkan pasangan meraikan Hari Valentine lebih awal tanpa perancangan yang rumit.

Menerusi pop-up berkenaan, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti termasuk LEGO Make and Take Experience, Bloom Together Challenge menerusi Love Wheel, sesi bergambar di ruang foto Bloom Together serta pendaftaran sebagai ahli LEGO Official Store di Lazada. Pengunjung yang melengkapkan kesemua aktiviti ditawarkan hadiah LEGO.

No Image Caption

Sebagai pelengkap, pengunjung turut berpeluang menebus Bloom Together Kit, iaitu hadiah eksklusif dengan pembelian sempena Hari Valentine. Kit berkenaan merangkumi tapak pameran, panduan aktiviti serta elemen kenangan yang direka untuk dinikmati bersama pasangan.

Artikel Berkaitan:

Bloom Together Kit boleh ditebus di lokasi pop-up dengan perbelanjaan minimum RM400 menerusi pembelian di LEGO Official Store di aplikasi Lazada menggunakan perkhidmatan Click and Collect, berbanding perbelanjaan minimum biasa RM520. Perkhidmatan tersebut membolehkan pembeli membuat pesanan dalam talian dan mengambil barangan di pop-up sambil menyertai aktiviti serta menikmati tawaran tambahan dan baucar eksklusif.

No Image Caption

Sementara itu, LEGO Group menerusi LEGO 2026 Botanical Series menampilkan pelbagai koleksi yang diinspirasikan daripada keindahan bunga, antaranya Daisies, Flowering Cactus, Bouquet of Roses, Bouquet of Pink Roses dan Pretty Pink Bouquet. Set berkenaan direka untuk tahan lama dan sesuai dijadikan hiasan kediaman, sekali gus menjadi alternatif kepada bunga segar walaupun selepas Hari Valentine.

Bagi memudahkan perancangan hadiah, Lazada turut menawarkan promosi eksklusif Hari Valentine dari 26 Januari hingga 15 Februari. Pelanggan yang berbelanja minimum RM520 untuk set LEGO Dewasa, termasuk sekurang-kurangnya satu set Botanical, layak menerima Bloom Together Kit. Selain itu, set LEGO Botanical terpilih ditawarkan diskaun sehingga 25 peratus dari 6 hingga 15 Februari.

No Image Caption

Pembeli boleh memilih untuk menyertai pengalaman di pop-up LEGO Bloom Bar x Lazada atau membuat pembelian secara dalam talian menerusi LEGO Official Store di Lazada dengan pelbagai baucar serta tawaran terhad masa sepanjang musim Hari Valentine. Bagi yang tidak berkesempatan hadir, Lazada turut menyediakan penstriman langsung pada Sabtu, 7 Februari dari jam 4 petang hingga 8 malam bagi menampilkan sorotan acara dan koleksi terlibat.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan kolaborasi terkini, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Lazada Malaysia, media sosial Lazada Malaysia atau memuat turun aplikasi Lazada.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!