Telan 8 ekor katak hidup-hidup untuk rawat sakit belakang

BEIJING - Seorang wanita berusia 82 tahun sanggup menelan hidup-hidup lapan ekor katak yang didakwa sebagai rawatan tradisional untuk memulihkan sakit belakang dialaminya.
South China Morning Post (SCMP) melaporkan kaedah tidak konvensional itu bagaimanapun menyebabkan Zhang mengalami sakit perut yang teruk dan terpaksa dimasukkan ke hospital di Hangzhou, wilayah Zhejiang.
"Kesakitan melampau menyebabkan dia kini tidak lagi boleh berjalan," menurut anak lelakinya.
Difahamkan, warga emas itu mengalami cakera tergelincir untuk tempoh yang agak lama.
Menurut doktor, kepercayaan terhadap teori pelik berdasarkan cerita rakyat itu telah menjejaskan sistem pencernaan termasuk diserang parasit sparganum.
Zhang bernasib baik kerana beransur pulih selepas dua minggu mendapatkan rawatan dan dibenarkan untuk discaj dari hospital. - Agensi
Ringkasan AI
- Seorang wanita berusia 82 tahun menelan hidup-hidup lapan ekor katak untuk rawatan sakit belakang
- Kaedah tersebut menyebabkan wanita tersebut mengalami sakit perut teruk dan dimasukkan ke hospital
- Kesakitan melampau menyebabkan wanita itu tidak boleh berjalan
- Doktor mendapati sistem pencernaannya terjejas termasuk diserang parasit sparganum
- Wanita itu beransur pulih selepas dua minggu rawatan dan dibenarkan pulang dari hospital
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

