Op PUU: Polis KL keluar 16,968 saman lalu lintas

Polis KL melaksanakan Op PUU di ibu kota.
Polis KL melaksanakan Op PUU di ibu kota.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur mengeluarkan 16,968 saman lalu lintas dalam Operasi Pematuhan Undang-Undang (Op PUU) 2025 yang bermula sejak Rabu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, kesalahan tertinggi yang dicatatkan ialah halangan lalu lintas (11,720 saman), diikuti mengabaikan lampu isyarat (2,036 saman) dan tiada atau tamat tempoh lesen memandu (702 Saman).

"Kesalahan lain, tidak ikut jejantas/lintasan pejalan kaki (381), nombor pendaftaran kotor/kabur/fency (mengelirukan), tidak ikut peraturan (374), tidak berhenti di lampu isyarat (148), tidak memakai topi keledar/tidak kemas (135).

"Ubahsuai kenderaan (80), berhenti melebihi garisan putih (75), guna telefon bimbit semasa memandu (70), tidak pakai tali pinggang keledar (93), berhenti di petak kuning (95) dan memotong Q atau garisan berkembar (2)," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Fadil berkata, pihaknya mengeluarkan sebanyak 13,365 saman terhadap pemandu kereta manakala penunggang motosikal mencatatkan 2,813 saman.

"Pejalan kaki menerima 381 saman, pemandu van, pacuan empat roda dan kenderaan utiliti sukan pula menerima 200 saman, lori (141 saman), teksi (62) serta bas (6 Saman)," katanya.

Fadil berkata, operasi itu dilaksanakan selepas pihaknya memberikan tempoh masa bermula dari 6 September hingga 30 September lalu dalam konteks advokasi (Advokasi OP PUU).

"Masyarakat perlu sedar dan mengubah sikap mementingkan diri ketika berada di atas jalan raya dengan mematuhi undang-undang lalu-lintas.

"Selepas kita memberikan peringatan dan nasihat sebelum ini, kini tiada lagi toleransi untuk mereka yang masih berdegil," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada Jumaat, Fadil dilaporkan berkata pada peringkat awal, Op PUU dilaksanakan di kawasan tumpuan utama seperti Pavilion, KLCC, Lot 10, Sogo dan Jalan Sultan Ismail sebelum diperluas ke seluruh ibu kota.

Menurut beliau, penguatkuasaan yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan dilaksanakan sepanjang tahun bagi memastikan Kuala Lumpur menjadi contoh bandar raya yang patuh undang-undang.

Langkah itu juga, katanya, selaras dengan persiapan menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2026 serta pelbagai acara antarabangsa lain.

Ringkasan AI

  • Polis Kuala Lumpur mengeluarkan 16,968 saman lalu lintas dalam Operasi Pematuhan Undang-Undang
  • Kesalahan tertinggi adalah halangan lalu lintas dengan 11,720 saman
  • Sebanyak 13,365 saman dikeluarkan terhadap pemandu kereta
  • Operasi ini dijalankan di kawasan tumpuan utama sebelum diperluas ke seluruh ibu kota
  • Operasi ini diselaraskan dengan persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan acara antarabangsa lain

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!