JKNP rampas produk tidak berdaftar, kosmetik RM 1.5 juta.

Pegawai penguat kuasa CPF Pahang melakukan pemeriksaan ke atas produk tidak berdaftar termasuk kosmetik dianggarkan bernilai RM 1.5 juta yang ditemui di dua premis di sini Selasa lalu. Foto JKNP
Pegawai penguat kuasa CPF Pahang melakukan pemeriksaan ke atas produk tidak berdaftar termasuk kosmetik dianggarkan bernilai RM 1.5 juta yang ditemui di dua premis di sini Selasa lalu. Foto JKNP
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) merampas 126 jenis produk tidak berdaftar termasuk kosmetik dianggarkan bernilai RM1.5 juta hasil pemeriksaan ke atas dua premis di sini Selasa lalu.

Produk dirampas termasuk ubat tradisional, suplemen kesihatan untuk radang lutut, probiotik dan vitamin serta kosmetik yang diragui dari sudut keberkesanan, kualiti dan keselamatannya.

"Pemeriksaan ke atas dua premis diusahakan individu berusia dalam lingkungan 30-an itu dilakukan susulan maklumat daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

"Bertindak atas maklumat, tindakan penguatkuasaan dijalankan selepas mendapati premis terbabit disyaki menjalankan kegiatan penjualan produk kesihatan tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi dalam talian melalui platform e-dagang yang melanggar peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," katanya.

Pemeriksaan dilakukan ke atas premis diusahakan individu berusia dalam lingkungan 30-an selepas disyaki menjalankan kegiatan penjualan produk kesihatan tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi dalam talian melalui platform e-dagang.
Pemeriksaan dilakukan ke atas premis diusahakan individu berusia dalam lingkungan 30-an selepas disyaki menjalankan kegiatan penjualan produk kesihatan tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi dalam talian melalui platform e-dagang.

JKNP memaklumkan, pemeriksaan dijalankan sepasukan pegawai penguat kuasa Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Pahang (CPF) Pahang dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), CPF Terengganu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kes itu disiasat mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan Peraturan 18A(1)(a) Peraturan-Peraturan yang sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12, Akta Jualan Dadah 1952.

"Jika sabit kesalahan, individu terlibat boleh didenda sehingga RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Artikel Berkaitan:

"Bagi syarikat pula, denda sehingga RM50,000," ujarnya.

Tambah JKNP lagi, tindakan penguatkuasaan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan CPF Pahang dalam membanteras penjualan dan pengedaran produk kesihatan tidak sah di pasaran.

Ujarnya, seiring dengan matlamat itu, KKM turut melaksanakan kempen kesedaran seperti Tolak Ubat Tidak Sah (TOBaTS) bagi meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai risiko penggunaan produk kesihatan yang menyalahi undang-undang.

Maklumat lanjut mengenai kempen TOBaTS boleh didapati di laman sesawanghttps://pharmacy.moh.gov.my/tobats.

Menurut kenyataan itu, orang awam dan pihak pengusaha logistik, pengedar dan penyedia platform edagang diingatkan supaya bertanggungjawab memastikan hanya mengendalikan produk kesihatan yang berdaftar dengan nombor MAL dan mempunyai pelekat keselamatan hologram sahaja.

Ringkasan AI

  • Jabatan Kesihatan Negeri Pahang merampas 126 jenis produk tidak berdaftar termasuk kosmetik bernilai RM1.5 juta
  • Produk dirampas termasuk ubat tradisional, suplemen kesihatan, probiotik, vitamin, dan kosmetik
  • Pemeriksaan dilakukan susulan maklumat dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
  • Tindakan penguatkuasaan dilakukan kerana penjualan produk kesihatan tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi secara dalam talian
  • Individu yang sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, bagi syarikat denda sehingga RM50,000

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!