Peserta Flotilla laporkan sebilangan kapal asing bentuk formasi halang laluan

No Image Caption
A
A
A

GAZA - [DIKEMAS KINI] Beberapa peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dakwa sebilangan kapal asing kini membentuk formasi di laut bagi menghalang laluan kapal membawa bantuan mendarat di perairan Semenanjung Gaza.

Peserta GSF di bawah panji Sumud Nusantara Flotilla, Zainal Rashid Ahmad menyifatkan tindakan itu sebagai cubaan halangan yang jelas bertentangan dengan prinsip kemanusiaan antarabangsa.

Sehubungan itu, pempengaruh platforn ZRA Strim itu menggesa masyarakat dunia bersatu untuk menolak sekatan tidak berperikemanusiaan berkenaan.

“Banyak vessel membentuk formasi menghalang laluan kemanusiaan ke Gaza.

"Ini adalah cubaan 'blokade' (kepungan) terhadap misi bantuan.

"Dunia diseru untuk menolak sekatan tidak berperikemanusiaan ini,” katanya sewaktu memberi laporan kepada Sumud Nusantara Command Center (SNCC) melalui platform Facebook awal pagi hari ini.

Turut bersama dalam misi itu ialah tokoh kemanusiaan, Nadir Al-Nuri dan Musa Nuwairy yang turut berkongsi mesej yang sama melalui platform laman media sosial masing-masing.

Selain tiga tokoh peserta sukarelawan berkenaan, sejumlah 20 lagi rakyat Malaysia masih meneruskan pelayaran ke Gaza dengan menaiki kapal-kapal flotilla berlainan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre, Datuk Dr Sany Araby Abdul Alim Araby mengesahkan SNCC

Artikel Berkaitan:

telah menerima 10 laporan dari kapal flotilla Malaysia bahawa ketika ini sedang berlaku formasi kapal perang regim Israel menghalang dan mengepung kawasan flotilla.

"Semua dimohon untuk mengikuti perkembangan sekarang melalui Flotilla Tracker dan Flotilla CCTV secara langsung," katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Sebelum ini, Sinar Harian nelaporkan sebuah kapal yang menyertai misi kemanusiaan GSF ke Semenanjung Gaza sudah melepasi Zon Merah 3.

Pendakwah bebas, Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat yang merupakan antara sukarelawan terbabit dalam misi itu berkata, mereka kini berada 100 batu nautika dari Gaza.

Terdahulu, seramai 34 rakyat Malaysia menyertai misi GSF bagi membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan untuk memecahkan kepungan Israel.

Ringkasan AI

  • Beberapa peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla mendakwa kapal asing menghalang laluan bantuan ke Gaza
  • Zainal Rashid Ahmad menilai tindakan itu bertentangan dengan prinsip kemanusiaan antarabangsa
  • Dia menggesa masyarakat dunia menolak sekatan tersebut
  • Kapal-kapal tersebut membentuk formasi sebagai usaha blokade terhadap misi bantuan
  • Tokoh kemanusiaan seperti Nadir Al-Nuri dan Musa Nuwairy turut berkongsi pandangan serupa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!