Empat tahun menerajui negara bukan satu perjalanan mudah - Fuziah Salleh

Datuk Dr Fuziah Salleh
Datuk Dr Fuziah Salleh
A
A
A

SHAH ALAM - Empat tahun pentadbiran Kerajaan Madani bukanlah satu perjalanan mudah dengan pelbagai cabaran dan ujian ditempuhi.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, walaupun pelbagai perubahan dilaksanakan, masih banyak perkara perlu diperbaiki, amanah digalas dan usaha diteruskan.

"Pelbagai cabaran dan ujian ditempuhi dalam usaha melaksanakan agenda reformasi institusi, memperkukuh tatakelola negara, memulihkan ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

"Saya amat bersyukur diberi kesempatan untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini," katanya dalam satu hantaran Facebook pada Selasa.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut menitipkan doa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dikurniakan kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin negara.

“Semoga ALLAH SWT terus mengurniakan kekuatan dan kebijaksanaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memimpin negara serta mempermudah segala usaha kami dalam membina sebuah Malaysia yang lebih adil, makmur dan sejahtera,” katanya.

Beliau turut berharap agar semangat reformasi terus mekar dan amanah rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!