Tubuh kecil tapi jiwa besar, Ustaz Mad Kechik diikat demi misi ke Gaza

Ustaz Mad Kechik bergambar bersama cucu bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela iaitu Nkosi Zwelivelile Mandela yang turut menyertai misi GSF. Foto: Facebook Iylia Balqis Suhaimi
Ustaz Mad Kechik bergambar bersama cucu bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela iaitu Nkosi Zwelivelile Mandela yang turut menyertai misi GSF. Foto: Facebook Iylia Balqis Suhaimi
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Semangat kental peserta Global Sumud Flotilla (GSF) terus menjadi inspirasi apabila sanggup melalui pelbagai cabaran termasuk terpaksa diikat ketika menyertai misi kemanusiaan ke Gaza.

Menurut perkongsian Iylia Balqis Suhaimi, walaupun berbadan kecil, jiwa dan kecekalan Muhammad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kechik begitu besar dalam menunaikan tanggungjawab kemanusiaan.

"Saya kira walaupun saiz ustaz yang kecil, tapi jiwanya besar. Tengoklah, sampai sanggup sertai misi GSF walaupun terpaksa diikat untuk memastikan keselamatan ustaz semasa di dalam bot pelayaran.

"Setiap hari dalam grup delegasi akan mengingatkan kami untuk baca Hizb Bahr," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Difahamkan dalam beberapa video oleh aktivis Malaysia yang lain sebelum ini, Ustaz Mad Kechik diikat atas permintaan kapten untuk mengelak beliau terjatuh ke dalam laut ketika laut bergelora semasa berada di atas geladak bot.

Menurut sukarelawan itu lagi, Ustaz Mad yang mewakili Iman Care pernah bersama-sama Cinta Salam Malaysia dalam misi Ramadan pada 2022 di Syria.

Tangkap layar video sukarelawan Malaysia, Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA membantu mengikat tali pada badan Ustaz Mad Kechik.
Tangkap layar video sukarelawan Malaysia, Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA membantu mengikat tali pada badan Ustaz Mad Kechik.

"Walaupun ada bermacam ujian untuk masuk ke sempadan Syria, terpaksa balik ke penginapan dan cuba sekali lagi esoknya.

Artikel Berkaitan:

"Ustaz tidak sekalipun mengeluh malah sentiasa mengingatkan kami untuk berzikir selawat agar dipermudahkan urusan untuk masuk," ujarnya lagi.

Justeru, Iylia Balqis memohon doa dari semua supaya pelayaran mereka ke Gaza membawa misi bantuan terbabit dipermudahkan ALLAH SWT.

Ringkasan AI

  • Semangat peserta Global Sumud Flotilla terus menjadi inspirasi berhadapan cabaran termasuk terpaksa diikat dalam misi ke Gaza
  • Muhammad Abdullah atau Ustaz Mad Kechik, walaupun berbadan kecil, memiliki jiwa besar dalam menunaikan tanggungjawab kemanusiaan
  • Ustaz Mad Kechik turut menyertai misi Ramadan 2022 bersama Cinta Salam Malaysia ke Syria, menempuh ujian memasuki sempadan
  • Peserta diingatkan untuk membaca Hizb Bahr setiap hari sebagai persediaan
  • Iylia Balqis memohon doa agar misi bantuan mereka ke Gaza dipermudahkan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!