Ancaman zon merah menuju Gaza dan pelan damai Trump

Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) menjangkakan misi Global Sumud Flotilla akan memasuki Zon Merah pada jam 7 petang Rabu waktu Malaysia.
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) menjangkakan misi Global Sumud Flotilla akan memasuki Zon Merah pada jam 7 petang Rabu waktu Malaysia.
A
A
A

TUMPUAN terus terarah kepada misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang dijangka memasuki zon merah pada hari ini, menuju perairan Gaza iaitu detik yang mungkin menentukan sama ada solidariti kemanusiaan mampu menembusi kepungan berdarah atau terhenti di tengah ancaman dan kekejaman tentera Israel.

Ia susulan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) menjangkakan misi Global Sumud Flotilla akan memasuki Zon Merah pada jam 7 petang waktu Malaysia.

Memasuki zon merah bermakna kapal-kapal flotilla akan berdepan risiko dipintas, ditahan, malah diserang tentera laut Israel.

Insiden serupa pernah mengorbankan nyawa dalam sejarah flotilla sebelum ini dan kebimbangan itu terus membayangi perjalanan kali ini selepas kejayaan misi memasuk zon kuning yang juga berisiko.

Sebalik debaran dan kebimbangan tersebut, usaha Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk menamatkan perang oleh Israel ke atas Gaza melalui pelan komprehensif yang diumumkan di Washington turut menjadi tumpuan.

Pelan damai Gaza yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump turut disambut baik Malaysia yang sedia bekerjasama dengan negara kuasa dunia bersama masyarakat antarabangsa demi keamanan rakyat Palestin.

Bagaimanapun, Malaysia menekankan bahawa pelaksanaan pelan berkenaan mestilah sejajar dengan undang-undang antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta resolusi-resolusinya yang berkaitan.

Perkembangan tersebut sekali gus memberi harapan baharu untuk melihat kesengsaraan di Gaza dapat ditamatkan segera.

Namun, dalam tempoh kritikal dan risiko sedang dihadapi semua peserta misi Sumud Flotilla yang sedang membelah samudera untuk memasuki zon merah, timbul persoalan sama ada pelan damai tersebut mampu memintas kebimbangan dunia untuk melihat kepungan Israel dapat dipecahkan seterusnya bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza dapat sampai dengan selamat.

Artikel Berkaitan:

Ia bukan hanya demi keselamatan sukarelawan Malaysia serta seluruh peserta antarabangsa yang sedang belayar, tapi lebih utama adalah nyawa rakyat Palestin yang terus terancam.

Justeru adakah pelan damai tersebut dapat mengatasi segala ancaman puak Zionis yang jelas sudah hilang sifat kemanusiaan?

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!