Suasana pilu iringi pengebumian Muhammad Ammar

Suasana pilu mengiringi pengebumian jenazah kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, Muhammad Ammar yang maut dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya pada malam Rabu. Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Suasana pilu mengiringi pengebumian jenazah kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, Muhammad Ammar yang maut dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya pada malam Rabu. Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN
A
A
A

BACHOK - Suasana pilu mengiringi pengebumian jenazah kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, Muhammad Ammar Muhammad Badrul yang maut dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya pada malam Rabu.

Urusan pengebumian kanak-kanak berkenaan selesai pada jam 10.50 malam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Mujur, Jelawat di sini.

Bapa dan ibu kepada Muhammad Ammar hilang kata-kata dan hanya mampu terdiam melihat pusara anak lelaki tunggal mereka itu.

Muhammad Badrul Rameli, 31, dan Nur Ayuni Mohd Kamarulzaman, 29, kelihatan sebak dan mengalirkan air mata sepanjang urusan pengebumian anak lelaki mereka.

Terdahulu jenazah Muhammad Ammar disembahyangkan di rumah keluar sekitar jam 9 malam sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Hampir 100 sanak saudara hadir memberikan penghormatan terakhir kepada kanak-kanak tersebut.

Sinar Harian melaporkan Muhammad Ammar meninggal dunia jam 3.02 petang pada Rabu selepas tujuh hari bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian.

Kanak-kanak terbabit berada dalam keadaan kritikal dan dipantau rapi oleh pasukan perubatan di hospital tersebut.

Muhammad Ammar mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Muhammad Ammar Muhammad Badrul, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, maut dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya
  • Pengebumian selesai di Tanah Perkuburan Islam Kampung Mujur, Jelawat
  • Bapa dan ibu Muhammad Ammar terdiam melihat pusara anak mereka
  • Hampir 100 sanak saudara hadir memberikan penghormatan terakhir
  • Muhammad Ammar meninggal setelah tujuh hari bertarung nyawa di ICU Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!