Umpan basikal sebelum amang seksual kanak-kanak lelaki dalam hutan

Suspek (tengah) direman bagi membantu siasatan.
Suspek (tengah) direman bagi membantu siasatan.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang pekerja kilang tergamak mengumpan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun kononnya mahu menghadiahkan basikal sebelum melakukan amang seksual terhadap mangsa.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama tiga rakan lelaki berada di sekitar kawasan perumahan Ramlee Bukit Bintang di sini pada jam kira-kira 9 malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, mangsa didatangi seorang lelaki tidak dikenali menunggang motosikal sebelum menawarkan basikal percuma.

"Mangsa kemudian dikatakan mengikut suspek ke sebuah rumah di Taman Sri Astana dan kembali semula ke lokasi asal bersama sebuah basikal.

“Suspek sekali lagi mengajak mangsa mengambil sebuah lagi basikal dan membawanya ke kawasan hutan dekat Kampung Serukam di mana di situ, mangsa disyaki telah dipaksa memegang alat sulit suspek,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mangsa yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik membuat laporan polis berhubung kejadian.

Susulan itu, polis menahan seorang pekerja kilang berusia 46 tahun yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes terbabit.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Suspek bagaimanapun telah direman selama lima hari bermula Rabu membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang pekerja kilang mengumpan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dengan janji basikal untuk melakukan amang seksual
  • Kejadian berlaku di kawasan perumahan Ramlee Bukit Bintang pada malam Selasa
  • Mangsa didatangi lelaki tidak dikenali yang menawarkan basikal percuma dan membawanya ke sebuah rumah dan kemudian kawasan hutan
  • Mangsa membuat laporan polis dan suspek berusia 46 tahun telah ditahan
  • Siasatan kes mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!