Kanak-kanak parah dipukul bapa saudara dengan tukul meninggal dunia

Muhammad Ammar meninggal dunia di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian. Foto Ihsan keluarga
Muhammad Ammar meninggal dunia di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian. Foto Ihsan keluarga
A
A
A

KOTA BHARU - Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, Muhammad Ammar Muhammad Badrul yang parah dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya meninggal dunia pada jam 3.02 petang Rabu.

Perkara tersebut disahkan oleh bapa mangsa, Muhammad Badrul Rameli, 31, ketika dihubungi.

“Muhammad Ammar meninggal dunia di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Muhammad Ammar berada dalam keadaan kritikal dan dipantau rapi oleh pasukan perubatan di HPUSM di sini.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) serta bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, Muhammad Ammar Muhammad Badrul meninggal dunia akibat dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya
  • Muhammad Ammar meninggal dunia di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian
  • Kejadian tersebut disahkan oleh bapa mangsa, Muhammad Badrul Rameli
  • Muhammad Ammar berada dalam keadaan kritikal sebelum meninggal
  • Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan di ICU

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!