Peguam Negara sedia temui keluarga Allahyarham Wan Ahmad Faris

Mohd Dusuki
Mohd Dusuki
A
A
A

KOTA BHARU – Jabatan Peguam Negara bersedia mengadakan pertemuan dengan keluarga Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman dalam masa terdekat bagi membincangkan perkembangan siasatan kes kematian pelajar maahad tahfiz itu.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, siasatan berhubung kes berkenaan masih dijalankan dan pihaknya memaklumkan kepada peguam keluarga bahawa pertemuan akan diatur sebaik sahaja tarikh sesuai dipersetujui.

“Kami bersedia berjumpa dan berbincang dengan keluarga mereka serta melihat hala tuju seterusnya.

“Arahan siasatan masih diteruskan dan kita tunggu hasilnya,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ke-56 di Istana Balai Besar di sini pada Isnin.

Mohd Dusuki menegaskan pihaknya akan memastikan siasatan dijalankan secara telus dan akan memaklumkan sebarang perkembangan kepada keluarga Allahyarham dari semasa ke semasa.

Pada 1 September lalu, keluarga Wan Ahmad Faris menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini, merangkumi tiga tuntutan utama termasuk penjelasan mengenai tindakan meroboh lokasi kejadian iaitu tandas sekolah sedangkan siasatan masih belum dimuktamadkan.

Pada Disember 2013, Wan Ahmad Faris yang ketika itu pelajar Tingkatan Empat ditemukan mati tergantung dalam tandas asrama sekolah berkenaan di Kok Lanas.

Bedah siasat pakar forensik mengesahkan kematian sebagai kematian mengejut tanpa unsur jenayah, namun Mahkamah Koroner pada Jun 2016 memutuskan pelajar itu dibunuh oleh individu yang identitinya belum dikenal pasti.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jabatan Peguam Negara bersedia bertemu keluarga Allahyarham Wan Ahmad Faris untuk bincang siasatan kematian
  • Siasatan berhubung kes kematian pelajar maahad tahfiz masih berjalan
  • Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, menegaskan siasatan dijalankan secara telus
  • Kelurga Wan Ahmad Faris telah menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri Kelantan dengan tuntutan utama
  • Wan Ahmad Faris ditemukan mati tergantung di tandas asrama pada Disember 2013, bedah siasat mendapati kematian mengejut tanpa unsur jenayah tapi Mahkamah Koroner memutuskan dibunuh

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!