Lebih 200 sertai Forum Parenting A+, fokus perkembangan anak

Lebih 200 peserta menyertai Forum Parenting A+ anjuran portal majalah, Pa&Ma di bawah Nu Ideaktiv.
Lebih 200 peserta menyertai Forum Parenting A+ anjuran portal majalah, Pa&Ma di bawah Nu Ideaktiv.
A
A
A

SHAH ALAM - Forum Parenting A+ yang menekankan kepentingan keibubapaan seimbang merangkumi aspek emosi, mental, rohani dan perancangan masa depan anak mencatat kejayaan apabila menghimpunkan lebih 200 peserta yang terdiri ibu bapa, pendidik, pakar serta pemain industri.

Forum anjuran portal majalah, Pa&Ma di bawah Nu Ideaktiv itu bukan sekadar program biasa tetapi membawa mesej yang jelas bahawa keibubapaan masa kini tidak boleh tertumpu kepada pencapaian akademik semata-mata.

Sebaliknya, perkembangan anak perlu dilihat secara menyeluruh demi melahirkan generasi yang seimbang, berdaya tahan dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim berkata, masa depan negara bermula dari rumah dan ibu bapa memainkan peranan paling penting dalam membentuk generasi yang berkualiti.

“Setiap anak hadir dengan potensi, kekuatan dan laluan hidup yang berbeza. Tugas ibu bapa adalah membimbing mereka untuk menemukan versi terbaik diri mereka sendiri.

"Forum ini diwujudkan sebagai ruang selamat untuk perkongsian ilmu, pengalaman dan harapan selaras dengan kepercayaan bahawa proses membesarkan anak merupakan tanggungjawab bersama seluruh komuniti,” katanya.

Antara peserta sertai Forum Parenting A+ anjuran portal majalah, Pa&Ma di bawah Nu Ideaktiv.
Antara peserta sertai Forum Parenting A+ anjuran portal majalah, Pa&Ma di bawah Nu Ideaktiv.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian forum tersebut yang menampilkan barisan panel bertauliah dan selebriti tanah air seperti Profesor Datuk Dr Fadzilah Kamsah, Dr Nisa Khalil, Dr Syed Abdul Khaliq, Nad Zainal, Ungku Ismail, Anzalna Nasir dan Dai’ Fuad.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir, Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta guru besar daripada 10 sekolah.

Menerusi forum itu, para peserta berpeluang untuk berkongsi ilmu dan pandangan berkaitan pelbagai isu keibubapaan moden.

Dalam masa sama, Pa&Ma bersama Nu Ideaktiv juga berbesar hati menyumbangkan sejumlah wang kepada Tabung PIBG setiap sekolah yang terlibat sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan pendidikan komuniti setempat.

Penganjuran forum tersebut juga mendapat sokongan Rakan Strategik, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ibu bapa jadi contoh

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar berkata, forum seperti ini memberi input penting dan wajar diperluaskan untuk memperkasakan lebih ramai ibu bapa.

"Pembinaan generasi berkualiti bermula dari rumah. Ibu bapa perlu menjadi contoh dengan perancangan kewangan yang baik seperti menabung di Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) agar dapat menyediakan pendidikan dan masa depan terbaik untuk anak anak.

"Parenting A+ Forum Pa & Ma 2026 diharapkan menjadi pencetus perubahan dalam pendekatan keibubapaan di Malaysia.

"Seterusnya melahirkan anak-anak yang bukan sahaja berjaya dari segi pencapaian, malah bahagia, berakhlak dan seimbang dari aspek emosi serta mental," ujarnya

Ringkasan AI

  • Forum Parenting A+ bertujuan ke arah keibubapaan seimbang merangkumi emosi, mental, rohani dan perancangan masa depan anak
  • Berjaya menghimpunkan lebih 200 peserta termasuk ibu bapa, pendidik, pakar, dan pemain industri
  • Menggalakkan pembentukan generasi yang seimbang, berdaya tahan dan bersedia menghadapi cabaran masa depan
  • Memphasiskan bahwa anak masing-masing mempunyai potensi dan kekuatan tersendiri yang perlu dibimbing oleh ibu bapa
  • Penganjuran forum mendapat sokongan dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menyumbang kepada Tabung PIBG sekolah terlibat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!