Pegawai kerajaan dirakam merokok dalam kenderaan rasmi disiasat

Gambar dikongsi di media sosial sebelum menjadi tular sejak semalam.
Gambar dikongsi di media sosial sebelum menjadi tular sejak semalam.
A
A
A

SHAH ALAM – Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor memandang serius penularan gambar seorang penjawat awam yang dirakam sedang merokok dalam kenderaan rasmi Jabatan Kerajaan Negeri Selangor.

Menurut kenyataan SUK Selangor pada Selasa, tindakan awal telah diambil apabila Ketua Jabatan berkaitan mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab (STS) kepada pegawai terbabit bagi mendapatkan penjelasan bertulis mengenai tingkah laku yang tular itu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor menegaskan, setiap penjawat awam wajib menjaga imej perkhidmatan awam dan mematuhi semua peraturan, termasuk etika penggunaan aset rasmi kerajaan negeri.

“Tindakan tidak berdisiplin bukan sahaja mencemarkan reputasi jabatan, malah bertentangan dengan nilai integriti serta tanggungjawab awam yang digariskan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, semua penjawat awam diingatkan supaya menjaga tingkah laku semasa menggunakan aset kerajaan, tidak melakukan perbuatan yang boleh mencetuskan imej negatif terhadap pentadbiran kerajaan negeri dan sentiasa bertanggungjawab terhadap persepsi awam.

Kenyataan itu turut menegaskan, sebarang pelanggaran tatakelakuan akan ditangani melalui saluran tatatertib sedia ada.

SUK Selangor menegaskan komitmen pihaknya untuk memastikan tahap profesionalisme dan integriti penjawat awam di negeri ini sentiasa terpelihara serta berada pada tahap terbaik.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • SUK Selangor memandang serius penularan gambar penjawat awam merokok dalam kenderaan rasmi
  • Ketua Jabatan mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab kepada pegawai terbabit
  • Penjawat awam wajib menjaga imej perkhidmatan dan mematuhi semua peraturan
  • Tindakan tidak berdisiplin mencemarkan reputasi jabatan dan bertentangan dengan nilai integriti
  • Semua penjawat awam diingatkan menjaga tingkah laku dan bertanggungjawab terhadap persepsi awam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!