Penjawat awam berlagak samseng diberkas

Laporan Sinar Harian pada Sabtu mengenai seorang lelaki samseng diburu selepas melanggar kereta dan mengugut memukul wanita.
Laporan Sinar Harian pada Sabtu mengenai seorang lelaki samseng diburu selepas melanggar kereta dan mengugut memukul wanita.
A
A
A

KAJANG -Seorang penjawat awam diberkas selepas dipercayai melanggar kereta dipandu seorang wanita sebelum mengugut mangsa dengan aksi seolah-olah mahu memukulnya dalam kejadian tular Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, suspek merupakan lelaki tempatan berusia 25 tahun.

“Suspek ditahan kira-kira jam 9.50 malam pada Sabtu ketika hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

“Rampasan kenderaan suspek jenis Perodua Myvi turut dilakukan di kawasan Dang Wangi selepas penahanan dibuat,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, suspek direman sehari untuk siasatan lanjut.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, dalam kejadian kira-kira jam 6.10 pagi itu, mangsa berusia 31 tahun yang juga pegawai eksekutif sebuah syarikat swasta sedang memandu Perodua Myvi untuk ke tempat kerja melalui Plaza Tol Bangi.

Kenderaan dipandu mangsa kemudian dilanggar kenderaan suspek sebelum suspek menahan mangsa supaya berhenti di tepi jalan.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka, suspek dilihat menengking serta melakukan perbuatan seolah-olah mahu memukul mangsa.

Pertengkaran itu dipercayai berpunca apabila mangsa didakwa menukar lorong tanpa memberi isyarat.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang penjawat awam diberkas kerana melanggar kereta seorang wanita dan mengugut nak pukul
  • Suspek berusia 25 tahun
  • Suspek menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang
  • Kenderaan Perodua Myvi suspek dirampas di Dang Wangi
  • Pertengkaran berpunca dari perubahan lorong tanpa isyarat oleh mangsa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!