Polis Kelantan sasar tahan 60 penagih sehari dalam operasi 'Jihad Dadah'

Mohd Yusoff. Foto Bernama
Mohd Yusoff. Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan menyasarkan untuk menahan sekurang-kurangnya 60 penagih dadah setiap hari melalui operasi 'Jihad Dadah' dalam usaha menurunkan kadar jenayah harta benda di negeri itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, golongan penagih, dikenal pasti sebagai penyumbang utama jenayah harta benda, khususnya kes mencuri dan memecah masuk rumah.

Beliau berkata, arahan telah dikeluarkan kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri untuk melaksanakan operasi tangkapan secara berterusan.

"Secara mudah, di mana-mana sahaja, bukan hanya di Kelantan, dadah sememangnya berkait rapat dengan jenayah, terutama jenayah harta benda. Apabila kita terus melaksanakan 'Jihad Dadah', maka kadar jenayah ini dapat dikurangkan.

"Golongan penagih sudah dikenal pasti melakukan kebanyakan jenayah harta benda, berbeza dengan jenayah kekerasan yang lebih sukar dicegah,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bagi bulan September di sini pada Ahad.

Mohd Yusoff berkata, indeks jenayah harta benda mencatatkan penurunan 26.6 peratus berbanding tahun lepas, namun polis tidak boleh berpuas hati dan akan terus melaksanakan tanggungjawab serta amanah yang diberikan. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis Kelantan menyasarkan untuk menahan sekurang-kurangnya 60 penagih dadah setiap hari melalui operasi 'Jihad Dadah'
  • Golongan penagih dadah dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada jenayah harta benda seperti mencuri dan memecah masuk rumah
  • Arahan telah dikeluarkan untuk melaksanakan operasi tangkapan secara berterusan terhadap penagih dadah
  • Operasi 'Jihad Dadah' bertujuan menurunkan kadar jenayah, terutama jenayah harta benda
  • Indeks jenayah harta benda mencatatkan penurunan 26.6 peratus berbanding tahun lepas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!