'Mula-mula hilang suami, kemudian cucu, sekarang anak pula'

BENTONG - "Mula-mula hilang suami, kemudian cucu dan sekarang anak pula."
Demikian kata Jumirah Wahid,65, selepas anaknya, Herini Mohammad Ali,38, maut apabila pokok menghempap khemah didudukinya di tapak perkhemahan di Pulau Santap di Janda Baik di sini pada Jumaat.
Menurutnya, suaminya meninggal dunia dua tahun lalu diikuti cucunya pada Ogos lepas.
"Kali terakhir saya bercakap dengannya Isnin lalu, dia hantar karipap tapi tinggalkan di rumah sahaja, tak sangka itu yang terakhir.
"Anak tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap cuma sebelum ini pernah pesan agar kami semua pakai baju warna hitam untuk raya tahun depan ketika anak saudaranya meninggal dunia," katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Bentong pada Jumaat.
Reda dengan kehilangan berturut-turut itu, Jumirah memberitahu, Allahyarham Herini yang juga anak ketiga daripada enam beradik itu seorang yang ceria dan mengusahakan produk sejuk beku.
"Memang anak ada mengalami masalah hormon tiroid dan disarankan oleh doktor untuk mengurangkan tekanan," tambahnya lagi.
Ringkasan AI
- Jumirah kehilangan Herini akibat pokok menghempap khemah di Pulau Santap
- Sebelum ini, suami Jumirah meninggal dunia dua tahun lalu diikuti oleh kematian cucunya pada Ogos lepas
- Herini sempat berpesan kepada keluarganya untuk memakai baju warna hitam untuk raya tahun depan
- Herini merupakan anak ketiga dari enam beradik dan mengusahakan produk sejuk beku
- Dia mengalami masalah hormon tiroid dan disarankan doktor untuk mengurangkan tekanan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

