Wanita maut dihempap pokok tumbang ketika berkhemah

Pokok tumbang menghempap khemah menyebabkan seorang lelaki serta seorang kanak-kanak cedera, manakala seorang wanita dewasa meninggal dunia. Foto ihsan JBPM
Pokok tumbang menghempap khemah menyebabkan seorang lelaki serta seorang kanak-kanak cedera, manakala seorang wanita dewasa meninggal dunia. Foto ihsan JBPM
A
A
A

BENTONG - Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera selepas dihempap pokok tumbang ketika berkhemah di sebuah tapak perkhemahan di Pulau Santap, Janda Baik, pada Jumaat.

Mangsa dikenali sebagai Herini Mohammad Ali, 38, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.56 pagi.

Mangsa yang maut diangkat menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Foto ihsan JBPM
Mangsa yang maut diangkat menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Foto ihsan JBPM

"Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama dua jentera dengan bantuan enam anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Janda Baik dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Komander operasi melaporkan terdapat pokok tumbang menghempap khemah di tapak terbabit dan seorang lelaki serta seorang kanak-kanak lelaki cedera, manakala seorang wanita dewasa meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Seorang wanita maut dihempap pokok tumbang ketika berkhemah di Pulau Santap, Janda Baik. Foto ihsan JBPM
Seorang wanita maut dihempap pokok tumbang ketika berkhemah di Pulau Santap, Janda Baik. Foto ihsan JBPM

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pasukan bomba turut membuat pemeriksaan di sekitar kawasan berkenaan dan memotong pokok menggunakan gergaji.

Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bentong menggunakan ambulans PBS Janda Baik," tambahnya.

Ringkasan AI

  • Seorang wanita maut dan dua lagi cedera selepas dihempap pokok tumbang ketika berkhemah di Pulau Santap, Janda Baik
  • Mangsa yang meninggal dikenali sebagai Herini Mohammad Ali, berumur 38 tahun
  • Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.56 pagi dan 10 anggota bersama dua jentera serta enam anggota Pasukan Bomba Sukarela dikerahkan ke lokasi
  • Pokok tumbang telah menghempap khemah menyebabkan kematian seorang wanita dewasa dan mencederakan seorang lelaki serta seorang kanak-kanak lelaki
  • Dua mangsa cedera dihantar ke Hospital Bentong menggunakan ambulans Pasukan Bomba Sukarela Janda Baik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!