Mudir didakwa liwat, amang seksual pelajar dan miliki bahan lucah

Seorang mudir di sebuah madrasah di Tumpat didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas pada Khamis atas tujuh pertuduhan melibatkan liwat, amang seksual dan memiliki bahan lucah sejak Jun 2024 sehingga Ogos lalu. Foto Sinar Harian HAZELEN LIANA KAMARUDIN

A
A
A

PASIR MAS - Seorang mudir di sebuah madrasah di Tumpat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas tujuh pertuduhan melibatkan liwat, amang seksual dan memiliki bahan lucah sejak Jun 2024 sehingga Ogos lalu.

Tertuduh, Muhammad Aswadi Yah, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama sehingga keeenam, tertuduh yang merupakan guru agama didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki yang kini berusia 16 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di lokasi yang sama iaitu di sebuah rumah di Kampung Kubang Batang, Tumpat antara jam 7 pagi hingga 7.30 pagi sejak Jun 2024 sehingga 20 Ogos bulan lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Seorang mudir di sebuah madrasah di Tumpat didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas pada Khamis atas tujuh pertuduhan melibatkan liwat, amang seksual dan memiliki bahan lucah sejak Jun 2024 sehingga Ogos lalu. Foto Sinar Harian HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Seorang mudir di sebuah madrasah di Tumpat didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas pada Khamis atas tujuh pertuduhan melibatkan liwat, amang seksual dan memiliki bahan lucah sejak Jun 2024 sehingga Ogos lalu. Foto Sinar Harian HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Bagi pertuduhan ketujuh, tertuduh didakwa memiliki bahan lucah dalam telefon bimbit miliknya pada 29 Ogos lalu jam 4 petang di lokasi yang sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Sekyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan:

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na’ilah Harizan dan tertuduh diwakili peguam, Mohd Irwan Sumadi.

Terdahulu, Siti Aiysha memohon mahkamah mengenakan jaminan RM15,000 bagi setiap pertuduhan amang seksual dan RM5,000 bagi kesalahan memiliki bahan lucah.

Mohd Irwan bagaimanapun memohon jaminan minima ditawarkan memandangkan anak guamnya yang perlu menanggung keluarga.

“Anak guam saya mempunyai masalah kesihatan iaitu darah rendah selain sakit tulang belakang, sudah beristeri dan mempunyai empat orang anak.

“Saya berharap jaminan minima dapat diberikan kerana ini kesalahan pertama membabitkan anak guam saya,” katanya.

Mahkamah kemudiannya menawarkan jaminan RM45,000 dengan seorang penjamin selain diminta tidak menganggu saksi serta perlu melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan.

Tertuduh kemudian membayar jaminan.

Mahkamah turut menetapkan 11 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!