Pas dukacita dakwaan parti bukan Melayu tolak kepimpinan dalam PN - Takiyuddin

KOTA BHARU - Pas meluahkan rasa dukacita dan kecewa terhadap dakwaan kononnya parti-parti bukan Melayu dalam Perikatan Nasional (PN) tidak senang atau menolak kepimpinan mereka menerajui gabungan itu.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan, dakwaan terbabit merupakan andaian tidak berasas.
Ujar beliau, semakan dibuat mendapati tiada bantahan atau penolakan terhadap parti itu sekiranya diberi amanah memimpin gabungan berkenaan.
"Saya agak dukacita apabila ada pihak membuat dakwaan seolah-olah parti bukan Melayu dalam PN tidak bersetuju Pas menerajui gabungan.
"Apabila kita hubungi mereka, jawapannya jelas mereka tiada masalah dan itu bukan pendirian mereka," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan amanat khas secara tertutup kepada warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong, di sini, pada Jumaat malam.
Takiyuddin turut menggesa semua pihak menghentikan kenyataan sedemikian.
Katanya, hal ini ia hanya mewujudkan suasana tidak sihat serta mengelirukan.
Sebelum itu, tular dakwaan mengaitkan parti komponen dalam PN tidak setuju Pas menerajui gabungan itu.
Ringkasan AI
- Pas dukacita dan kecewa dengan dakwaan parti bukan Melayu dalam PN menolak kepimpinan mereka
- Dakwaan tersebut adalah andaian tidak berasas menurut Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung Pas
- Pas mendapati tiada bantahan atau penolakan daripada parti bukan Melayu dalam PN terhadap kepimpinan mereka
- Takiyuddin menyatakan pihak parti bukan Melayu dalam PN tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan Pas
- Takiyuddin menggesa penghentian kenyataan sedemikian yang mewujudkan suasana tidak sihat dan mengelirukan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

