Penolong pengurus amang seksual remaja lelaki dipenjara lima tahun

KOTA TINGGI - Seorang penolong pengurus dipenjara lima tahun setelah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki, 6 September lalu.
Tertuduh, Zulhilmi Zailani, 40, membuat pengakuan berkenaan dihadapan Hakim Haydar Faridzal Abu Hasan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu bagi maksud seksual ke atas remaja lelaki yang berusia 16 tahun 4 bulan ketika itu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di tepi jalan berhadapan stesen minyak Bukit Besar di sini pada pukul 2 pagi, 6 September lalu.
Mengikut fakta kes, pada pukul 11.30 malam, 5 September lalu, tertuduh menghantar mesej menerusi aplikasi Whatsapp mengajak mangsa yang juga jirannya keluar makan di Kulai.
Tertuduh kemudiannya membawa mangsa ke sebuah stesen minyak di Bukit Besar dekat sini pada jam2.30 pagi, 6 September sebelum membuka seluar mangsa dan memegang serta menghisap kemaluan remaja tersebut.
Mangsa kemudian melarikan diri dalam tandas di stesen minyak tersebut sebelum membuat panggilan telefon kepada rakannya untuk membawanya pulang.
Rakan mangsa kemudian membawanya pulang ke rumah sebelum remaja tersebut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi pada 8 September lalu.
Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Tertuduh juga boleh dikenakan tambahan perintah kaunseling, pampasan kepada mangsa selain diletakkan dibawah pengawasan polis.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Afiqah Musa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Ringkasan AI
- Seorang penolong pengurus dipenjara lima tahun atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap remaja lelaki
- Kejadian berlaku di tepi jalan berhadapan stesen minyak Bukit Besar pada 2 pagi, 6 September lalu
- Mangsa berusia 16 tahun 4 bulan ketika kejadian
- Mangsa melarikan diri dan membuat laporan di IPD Kota Tinggi pada 8 September lalu
- Tertuduh, Zulhilmi Zailani, didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
