Putera Albert II positif Covid-19

Putera Albert II. - Foto AFP
Putera Albert II. - Foto AFP
A
A
A

MONTE CARLO - Putera Albert II dari Monaco menjadi raja memerintah dan ketua negara pertama yang disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Pegawai istana dalam satu kenyataan memberitahu, kesihatan baginda bagaimanapun tidak membimbangkan.

"Putera Albert menggesa rakyatnya mengikut langkah kuarantin dan mengehadkan kontak dengan orang lain. Baginda akan meneruskan kerjanya dari pejabat dan akan tetap berinteraksi dengan anggota kerajaan," menurut kenyataan itu.

Difahamkan, Putera Albert dirawat oleh pakar dari Hospital Princess Grace yang dinamakan sempena nama ibunya, Grace Kelly, seorang bekas pelakon terkenal Hollywood. - AFP

Artikel Berkaitan: