Sila log masuk terlebih dahulu.

Jenazah lima beranak korban nahas selamat dikebumi dalam satu kubur

A
A
A

BERITA SEMASA 17 MEI 2023

Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Panjang, Padang Rengas diselubungi suasana pilu apabila lima van jenazah memasuki kawasan pekarangan membawa lima beranak yang maut dalam nahas Kilometer 310.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Kampar pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Deretan van jenazah diiringi kenderaan polis tiba di pintu pagar utama tanah perkuburan pada jam 5.55 petang.

Semua jenazah sebelum itu disembahyangkan di Masjid Al Hadhari yang turut dihadiri kira-kira 500 orang sebagai penghormatan terakhir.

Jenazah selesai dikebumikan jam 6.50 petang dalam satu liang lahad atas permintaan keluarga setelah selesai menjalani bedah siasat dan pemeriksaan saringan Covid-19 di Hospital Kampar dan Tapah.

Azriyani Abdul Latif, 45, dikebumikan bersama empat anaknya iaitu Muhammad Azib Nasaruddin, 23, Siti Nur Aminah Nasaruddin, 8, Muhammad Fawwaz Nasarudin, 7, dan Ahmad Uwais Qorni Nasaruddin, 5.

Artikel: https://bit.ly/41E9uUr

Muzik: Elevate dari www.bensound.com