Kelantan negeri kedua miliki Mahkamah Teknologi selepas Sarawak

Mohd Asri (kiri) dan Ibrahim (dua, kanan) semasa Majlis Perasmian Dewan Mahkamah Teknologi di Mahkamah Syariah, Kota Bharu pada Isnin.
Mohd Asri (kiri) dan Ibrahim (dua, kanan) semasa Majlis Perasmian Dewan Mahkamah Teknologi di Mahkamah Syariah, Kota Bharu pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Mahkamah Syariah Kelantan menjadi negeri kedua selepas Sarawak yang mempunyai Mahkamah Teknologi, membolehkan prosiding perbicaraan kes mal dijalankan secara dalam talian.

Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Ibrahim Deris berkata, pelaksanaan itu bertujuan memastikan keadilan syariah dapat ditegakkan dengan lebih cepat, efisien dan inklusif tanpa menjejaskan prinsip-prinsip hukum syarak yang menjadi teras perundangan Islam.

"Dengan adanya kemudahan ini, pihak yang sukar hadir secara fizikal atas faktor kesihatan, jarak atau halangan lain tetap mendapat ruang untuk menuntut hak dan mendapatkan pembelaan.

"Inisiatif ini sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri untuk memperkasakan sistem perundangan syariah dan menambah baik mutu perkhidmatan awam," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Dewan Mahkamah Teknologi Syariah di sini pada Isnin.

Mahkamah Syariah Kelantan menjadi negeri kedua selepas Sarawak yang mempunyai Mahkamah Teknologi yang membolehkan prosiding perbicaraan dijalankan secara dalam talian.
Mahkamah Syariah Kelantan menjadi negeri kedua selepas Sarawak yang mempunyai Mahkamah Teknologi yang membolehkan prosiding perbicaraan dijalankan secara dalam talian.

Majlis berkenaan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud dan turut dihadiri Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Menurut Ibrahim, pelaksanaan perbicaraan secara dalam talian hanya melibatkan kes mal seperti tuntutan hibah, harta pusaka dan seumpamanya, manakala kes jenayah syariah kekal dijalankan secara fizikal.

Katanya, pendekatan itu dibuat berdasarkan garis panduan yang diputuskan Mesyuarat Jamaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Bilangan 2 Tahun 2021.

Artikel Berkaitan:

“Melalui kaedah ini proses perbicaraan tidak mengambil masa yang lama dan boleh diselesaikan dalam masa dua hari sekiranya proses dokumentasi lengkap sepenuhnya berbanding sebelum ini hampir mencecah setahun atau lebih," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!