PM Jepun mahu letak jawatan?

Penentang beliau menuntutnya agar berundur untuk bertanggungjawab terhadap keputusan pilihan raya selepas parti pemerintah kehilangan majoriti Dewan Kaunselor pada Julai lalu. - Foto Agensi
Penentang beliau menuntutnya agar berundur untuk bertanggungjawab terhadap keputusan pilihan raya selepas parti pemerintah kehilangan majoriti Dewan Kaunselor pada Julai lalu. - Foto Agensi
A
A
A

TOKYO - Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba memutuskan untuk berundur, menurut laporan media pada Ahad.

Keputusan itu dibuat kurang setahun selepas Ishiba, 68, memegang tampuk kepimpinan Parti Demokratik Liberal (LDP) setelah beliau hilang majoriti di kedua-dua dewan.

"Beliau mahu mengelakkan perpecahan dalam parti selain berdepan desakan yang semakin meningkat supaya meletak jawatan," lapor beberapa media.

Menteri Ladang dan bekas Perdana Menteri dikatakan bertemu Ishiba pada malam Sabtu bagi menggesa pengundurannya secara sukarela.

Pada minggu lalu, empat anggota kanan LDP termasuk pemimpin nombor dua parti itu, Hiroshima Moriyama menawarkan diri untuk melepaskan jawatan.

Penentang beliau menuntutnya agar berundur untuk bertanggungjawab terhadap keputusan pilihan raya selepas parti pemerintah kehilangan majoriti Dewan Kaunselor pada Julai lalu.

Selain itu, anggota LDP dan pemerintah wilayah di seluruh negara turut menuntut pemilihan kepimpinan baharu yang mana permohonan tersebut akan dikemukakan pada Isnin.

Difahamkan, proses memilih pemimpin baharu itu akan berlangsung jika meraih majoriti diperlukan. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!