Suspek pembunuhan larikan diri 37 tahun dibawa balik ke HK dari Thailand

Suspek ditangkap tanpa identiti sah atau dokumen di Thailand. Gambar hiasan
Suspek ditangkap tanpa identiti sah atau dokumen di Thailand. Gambar hiasan
A
A
A

HONG KONG - Polis Hong Kong pada Khamis menyatakan bahawa seorang suspek lelaki yang terlibat dalam kes pembunuhan 37 tahun lalu di Daerah Sai Kung di bandar itu, dibawa balik dari Thailand, lapor Xinhua.

Polis memaklumkan kes itu berlaku pada 1989 dan melibatkan empat lelaki, dengan seorang daripada mereka kekal bebas selama bertahun-tahun.

Tanpa sebarang rekod keluar secara sah, polis membuat kesimpulan bahawa suspek meninggalkan Hong Kong secara haram. Tempoh persembunyian yang lama dan perubahan ketara pada rupa fizikalnya menyukarkan siasatan.

Chow Yat-ming, pesuruhjaya polis kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong berkata, polis Hong Kong menjejaki petunjuk dan baru-baru ini memperoleh maklumat risikan bahawa suspek bersembunyi di Thailand.

Mereka kemudian menghubungi pihak berkuasa Thailand dan memberikan maklumat berkaitan.

Suspek seterusnya ditangkap di Thailand, yang dia tidak mempunyai sebarang identiti sah atau dokumen pemastautin.

Perbandingan cap jari mengesahkan penglibatannya dalam kes tersebut, dan dia mengakui peranannya, kata Chow.

Chow mengucapkan terima kasih kepada polis Thailand atas sokongan mereka, sambil menambah bahawa Hong Kong dan Thailand akan terus memperkukuh kerjasama dalam kepolisan pintar. - Bernama-Xinhua

 

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Polis Hong Kong membawa balik seorang suspek lelaki terlibat dalam pembunuhan 37 tahun lalu dari Thailand
  • Kes pembunuhan berlaku pada 1989 di Daerah Sai Kung melibatkan empat lelaki
  • Suspek meninggalkan Hong Kong secara haram tanpa rekod keluar sah
  • Polis menggunakan maklumat risikan untuk menjejaki suspek di Thailand
  • Suspek ditangkap tanpa identiti sah atau dokumen, pengakuan dan cap jari mengesahkan penglibatannya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!