Flotila Global Sumud: Misi dari Tunisia ditunda

Flotila pertama dari Barcelona sudah berlayar selama hampir seminggu.
Flotila pertama dari Barcelona sudah berlayar selama hampir seminggu.
A
A
A

TUNIS – Penganjur flotila ke Gaza dari Tunisia memaklumkan misi pelayaran mereka terpaksa ditangguhkan selepas ia dijadualkan bergabung dengan kapal lain yang menyertai Flotila Global Sumud pada Ahad.

"Ia disebabkan masalah teknikal dan logistik yang berada di luar kawalan pengurusan. Flotila dari Tunis akan mula berlayar pada Rabu," ujar jurucakap Maghreb Sumud Flotila.

Ia merupakan salah satu daripada empat kumpulan penganjur Flotila Global Sumud disertai ratusan sukarelawan terdiri daripada aktivis, doktor dan pempengaruh media sosial dari kira-kira 44 negara termasuk Malaysia yang bertujuan memecahkan sekatan haram di Genting Gaza.

Misi tersebut sekali lagi disertai aktivis iklim, Greta Thunberg (tengah) bersama aktivis pro-Palestin lain.
Misi tersebut sekali lagi disertai aktivis iklim, Greta Thunberg (tengah) bersama aktivis pro-Palestin lain.

Pada minggu lalu, flotila dari Sepanyol juga terpaksa menangguhkan misi mereka disebabkan cuaca buruk.

Sebuah lagi flotila dari Sicily dijangka menyertai kumpulan tersebut sebelum kesemua lebih 50 kapal bergabung dan menuju ke timur Mediterranean.

"Ia adalah flotila bantuan terbesar ke Gaza. Tiada misi seperti ini pernah dilancarkan sebelum ini. Jadi, kami tidak tahu bagaimana respons yang akan diterima nanti. Kami hanya berharap dapat sampai ke Gaza," kata salah seorang sukarelawan dikenali sebagai Sahraoui yang menyifatkan ia sebagai simbol solidariti dunia terhadap penduduk Palestin.

Artikel Berkaitan:

Kapal Sirius yang turut membawa bekalan bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza menuju ke Mediterranean.
Kapal Sirius yang turut membawa bekalan bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza menuju ke Mediterranean.

Sejak 2010, terhadap tujuh flotila cuba memecahkan kepungan haram ke atas Gaza, namun sebahagiannya dipintas tentera Israel sebelum sempat tiba ke destinasi.

Pada 2 Mei lalu, kapal Conscience diserang sebanyak dua kali oleh dron Zionis ketika ia berada kira-kira 25 kilometer dari pantai Malta. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!