Jalur Gemilang

No Image Caption
A
A
A

Pengusaha bot penambang, Azmi Embong, 60, (kanan) bersama rakan Mohd Zaid Ibrahim, 65, memasang Jalur Gemilang pada bot mereka sebagai tanda semangat cintakan negara sempena bulan kebangsaan semasa ditemui di Jeti Bot Penambang Seberang Takir.

Semangat itu selaras dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-68 yang diraikan seluruh rakyat Malaysia dengan penuh rasa syukur dan kebanggaan terhadap pencapaian negara sejak mencapai kemerdekaan pada 1957.

Bagi mereka, Jalur Gemilang bukan sekadar simbol malah menjadi penyuntik semangat untuk terus berbakti kepada masyarakat dan meneruskan kelangsungan tradisi pengangkutan air yang masih menjadi nadi kehidupan di kawasan itu.

Malah mereka turut menyifatkan, penghayatan terhadap erti kemerdekaan bukan hanya melalui perarakan atau kibaran bendera, tetapi juga melalui usaha menjaga keamanan, memelihara perpaduan dan menghargai jasa pejuang terdahulu.

Bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” turut menekankan semangat patriotisme dan kebersamaan, Jalur Gemilang terus menjadi lambang penyatuan rakyat berbilang kaum di Malaysia. - Foto: Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!