Belukar 3.24 hektar terbakar

A
A
A

KEBAKARAN longgokan kayu dan tayar terpakai di Jalan KSB Impression 8, Kota Syahbandar di Melaka yang bermula tengah hari Khamis telah merebak ke kawasan belukar seluas 3.24 hektar.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, setakat 5.30 petang Khamis, operasi memadam kebakaran masih dijalankan dengan kekuatan 26 anggota dari empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP).

"BBP Melaka Tengah menerima panggilan kecemasan pada 12.28 tengah hari dan tiba di lokasi kebakaran kira-kira dua minit kemudian dengan api berjaya dikawal pada 4.59 petang.

"Operasi berkenaan turut dibantu BBP Bukit Katil, Tangga Batu dan Padang Temu melibatkan tiga jentera dan dua tangki air," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!