Riuh sekampung...

KUALA NERUS - Peserta memeriahkan Terengganu Inc Padang Maras Fun Run 3.0 bertemakan Riuh Sekampung dengan mengenakan pakaian berunsur budaya tempatan ketika menyertai larian sejauh lima kilometer merentasi kawasan sawah padi di Kampung Maras, hari ini.
Acara tahunan yang kini memasuki edisi ketiga itu tampil lebih unik apabila laluan larian melalui hamparan sawah padi menghijau, berlatarbelakangkan pokok kelapa serta bukit-bukau, sekali gus menawarkan pengalaman beriadah yang menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam suasana desa.
Tema Riuh Sekampung turut menghidupkan suasana apabila peserta daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang bersatu padu memeriahkan acara dengan busana tradisional, mencerminkan semangat kebersamaan komuniti serta sokongan masyarakat terhadap aktiviti sukan berteraskan budaya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
