Kenali hidupan liar

PUTRAJAYA - Kehadiran dua ekor gajah bernama Pian dan Lepar mewarnai Hari Terbuka Putrajaya 2026 yang dibawa khas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi memeriahkan lagi suasana sempena Hari Terbuka Putrajaya 2026 di Dataran Putrajaya ketika tinjauan Bernama pada Sabtu.
Haiwan liar yang sering mencuit hati dengan aksi ‘kemanusiaan’ itu memberi peluang kepada generasi muda, khususnya kanak-kanak yang membesar di Pusat Pentadbiran Kerajaan di sini untuk mengenali dan menghargai hidupan liar.
Hari Terbuka Putrajaya 2026 menawarkan pelbagai pengisian merangkumi perkhidmatan oleh sektor awam, pameran pelancongan berskala besar, program pendidikan dan kerjaya, aktiviti keluarga dan rekreasi, pameran kreatif, zon makanan dan minuman serta persembahan pentas serta inisiatif Jom Masuk U. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
