Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarikan pelancongan baharu di Selangor

WALAUPUN terletak di kawasan yang hanya kira-kira 15 peratus penduduknya beragama Islam, Masjid Jamek Cina Muslim Klang di Taman Desawan Dua, di sini muncul sebagai pemangkin baharu pelancongan Islam di Selangor.
Dibina di atas tanah seluas 1.2 hektar, masjid itu bukan sahaja memenuhi keperluan ibadah jemaah setempat, tetapi juga menjadi destinasi persinggahan bagi pelawat tempatan dan antarabangsa yang ingin mengenali Islam melalui seni bina, warisan dan keterbukaan komuniti.
Imam masjid, Adlu Kan Yong Sheng, 31, berkata, keunikan seni bina tradisional Cina yang ditonjolkan masjid itu termasuk eleman bumbung melengkung dan menara pagoda tiga tingkat yang diinspirasikan daripada Masjid Besar Xi'an di China, menyumbang kepada daya tarikan pelancongan.
Beliau berkata, reka bentuk yang turut dilengkapi landskap taman serta kolam ikan koi, menjadikan Masjid Jamek Cina Muslim Klang sebagai masjid pertama di Selangor yang menampilkan seni bina seumpamanya, sekali gus menarik minat pelancong daripada pelbagai latar belakang. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
