Beberapa suspek kes buli Zara Qairina akan dituduh - AGC

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk menuduh beberapa suspek yang terlibat dalam kes buli Zara Qairina Mahathir.
AGC dalam satu kenyataan di Facebook berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan keterangan daripada hasil penelitian kertas siasatan kes kematian pelajar berusia 13 tahun itu.
"AGC telah meneliti kertas siasatan kes kematian Zara Qairina dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan membuat keputusan untuk menuduh beberapa orang suspek berdasarkan keterangan yang ada.
"Keputusan dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan mengganggu proses inkues yang bakal berjalan.
"Jabatan ini menegaskan bahawa walaupun keputusan untuk menuduh suspek bagi kesalahan buli dibuat, ia tidak akan menjejaskan siasatan yang masih dijalankan oleh PDRM termasuk prosiding inkues di mahkamah nanti," katanya pada Isnin.
Sinar Harian melaporkan, prosiding inkues bagi kes kematian gadis asal Sipitang, Sabah itu ditetapkan bermula 3 September ini dan berlangsung selama 19 hari.
Keputusan dibuat menerusi prosiding sebutan kes inkues di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu pada pagi Isnin.
Pengarah Mahkamah Negeri Sabah bersidang sebagai koroner, Azreena Aziz, menetapkan tarikh prosiding iaitu pada 3 dan 4, 8 hingga 12, 17 hingga 19 serta 22 hingga 30 September.
Dalam sebutan, Timbalan Pendakwa Raya yang merupakan Pengendali Kes, Mohd Fairus Johari turut memberitahu 195 saksi telah direkod kenyataan sementara jumlah deponen (saksi) akan disenaraikan sebelum prosiding bermula.
Terdahulu, Zara Qairina dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah agama berasrama penuh dalam kejadian 16 Julai lalu.
Mangsa ditemui tidak sedarkan diri di longkang berhampiran sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).
Kematiannya mencetuskan perhatian meluas susulan dakwaan berlaku insiden buli di sekolah berkenaan.
Lagi artikel berkaitan:
Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan
Ibu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - Saifuddin
Kes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - Saifuddin
Tiada ‘cover up’, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - Saifuddin
Inkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini
[KRONOLOGI] Kes kematian Zara Qairina
Kes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polis
Gelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia
'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara Qairina
Kes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIP
Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
Pegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJ
Peguam Negara arah inkues kes kematian Zara Qairina
Pasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina
Peguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara Qairina
Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina
Jasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjid
Jenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'Lailahaillallah’
Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum
Peguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semula
Cerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - Peguam
Telefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis
'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'
Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buli
Kes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polis
Kes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah
'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolah
Gelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran
'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara'
'Saya takkan maafkan' – Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

