Agong berkenan beramah mesra dengan pengunjung di R&R Dusun Panti

MERSING - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan beramah mesra dengan pengunjung ketika berangkat ke sebuah restoran di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Dusun Panti, Jalan Kota Tinggi–Mersing, hari ini.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda yang dalam perjalanan ke Mersing telah singgah di restoran berkenaan untuk bersantap pagi.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut mesra oleh orang ramai.
“Dengan penuh kemesraan, Seri Paduka Baginda turut meluangkan masa bergambar bersama sebuah keluarga yang baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata,” menurut hantaran itu.
Foto momen berkenaan turut dimuat naik bersama hantaran tersebut. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
