Penduduk resah pendulang emas haram didakwa ceroboh tanah pertanian

Kegiatan mendulang emas secara haram di kawasan anak sungai tanah pertanian Kg Bukit Tasik Apal dikesan berlarutan sejak 2020.
Kegiatan mendulang emas secara haram di kawasan anak sungai tanah pertanian Kg Bukit Tasik Apal dikesan berlarutan sejak 2020.
A
A
A

BESUT – Kegiatan sekumpulan individu yang didakwa menceroboh tanah pertanian untuk mencari emas secara haram di Kampung Bukit Tasik Apal, di sini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Apal, Ibrahim Jusoh berkata, aktiviti tersebut yang dijalankan di sekitar kawasan anak sungai mula dikesan sejak tahun 2020, dan kini semakin menarik perhatian lebih ramai pendulang haram.

"Pada awalnya, hanya beberapa individu sahaja yang dilihat menjalankan aktiviti itu. Kami sudah beberapa kali memberi peringatan supaya mereka menghentikannya, namun teguran itu tidak diendahkan.

"Tanah berkenaan mempunyai pemilik dan tindakan mereka menjalankan aktiviti melombong secara haram bukan sahaja menimbulkan rasa tidak selesa kepada pemilik, malah turut merosakkan struktur tanah di kebun tersebut.

Kawasan anak sungai di Kampung Bukit Tasik Apal, Besut yang menjadi sasaran pendulang emas haram untuk mengaut hasil bumi itu.
Kawasan anak sungai di Kampung Bukit Tasik Apal, Besut yang menjadi sasaran pendulang emas haram untuk mengaut hasil bumi itu.

"Pada masa sama, kegiatan ini turut menarik kehadiran pendulang emas lain ke kawasan berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Apal di sini pada Selasa.

Beliau berkata, aktiviti pencarian emas itu dipercayai dilakukan sepanjang kira-kira 100 meter di laluan anak sungai tersebut.

Menurutnya, kesan daripada kegiatan tersebut telah menyebabkan pemilik kebun mengalami kerugian apabila berlaku hakisan di kawasan aliran sungai sehingga mengakibatkan beberapa tanaman seperti durian dan kelapa sawit tumbang.

Artikel Berkaitan:

"Mereka bukan sekadar mendulang di permukaan air, tetapi turut mengorek tanah dan batu di kawasan itu, sekali gus mengganggu kestabilan struktur tanah.

"Selain menjadi tarikan kepada pemburu emas, kami bimbang aktiviti ini berisiko mencetuskan tragedi tidak diingini seperti tanah runtuh atau kejadian lain," ujarnya.

Beberapa kawasan di sekitar anak sungai di di Kampung Bukit Tasik Apal menjadi sasaran pendulang emas yang menceroboh secara haram.
Beberapa kawasan di sekitar anak sungai di di Kampung Bukit Tasik Apal menjadi sasaran pendulang emas yang menceroboh secara haram.

Tambah beliau, pihak berkuasa penguat kuasa telah mengambil tindakan menutup kawasan terbabit sejak minggu lalu bagi menghentikan kegiatan haram tersebut.

"Walaupun sudah ada tindakan, masih ada yang berdegil. Malah, terdapat individu tidak bertanggungjawab cuba menceroboh semula kawasan itu, terutamanya ketika ketiadaan pemilik atau pihak berkuasa.

"Kita harap kegiatan ini dapat dihentikan sepenuhnya dan mereka yang terlibat dikenakan tindakan sewajarnya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!