40 peserta renang cedera disengat ubur-ubur di Teluk Senangin

A
A
A

LUMUT - Sekurang-kurangnya 40 peserta program Teluk Senangin Open Water Swim 2025 cedera akibat disengat ubur-ubur dalam kejadian di Pantai Teluk Senangin, Segari di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu, peserta terdiri daripada pelbagai peringkat usia sedang menyertai acara renang laut terbuka apabila serangan ubur-ubur dikesan secara serentak di kawasan perairan tersebut.

Menurut laporan Pusat Kawalan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Manjung, kesemua mangsa menerima rawatan awal di medik base oleh petugas daripada APM, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan perkhidmatan perubatan swasta yang ditempatkan di lokasi acara.

Kesemua mangsa menerima rawatan awal di medik base oleh petugas daripada APM, KKM dan perkhidmatan perubatan swasta yang ditempatkan di lokasi acara. Foto APM Perak
Kesemua mangsa menerima rawatan awal di medik base oleh petugas daripada APM, KKM dan perkhidmatan perubatan swasta yang ditempatkan di lokasi acara. Foto APM Perak

"Dua daripada mangsa iaitu kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpaksa dikejarkan ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut," menurut laporan berkenaan.

Acara tersebut dimulakan seawal jam 8 pagi dengan pelepasan peserta bagi kategori kanak-kanak berusia 9 hingga 10 tahun dan insiden berlaku dalam tempoh 15 minit pertama perlumbaan.

Program berkenaan turut disertai anakanda Sultan Perak, Raja Kecil Besar Perak, Raja Datuk Seri Azlan Muzaffar Shah dalam kategori lelaki (12–19 tahun) sejauh tiga kilometer.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu, peserta terdiri daripada pelbagai peringkat usia sedang menyertai acara renang laut terbuka apabila serangan ubur-ubur dikesan secara serentak di kawasan perairan Pantai Teluk Senangin. Foto APM Perak

Salah seorang peserta yang enggan dikenali memberitahu bahawa tahap kecederaan yang dialaminya tidak serius.

Wanita itu berkata, dia bersama sebahagian besar lagi peserta lain berjaya meneruskan dan menamatkan acara dengan jayanya.

"Kejadian berlaku dalam keadaan terkawal, pasukan perubatan yang ditempatkan penganjur telah mengambil langkah pantas memberi rawatan awal kepada mereka yang tercedera," katanya.

Insiden berlaku dalam tempoh 15 minit pertama selepas acara dimulakan seawal jam 8 pagi dengan pelepasan peserta bagi kategori kanak-kanak berusia 9 hingga 10 tahun. Foto APM Perak
Insiden berlaku dalam tempoh 15 minit pertama selepas acara dimulakan seawal jam 8 pagi dengan pelepasan peserta bagi kategori kanak-kanak berusia 9 hingga 10 tahun. Foto APM Perak

Sementara itu, Pengarah program, Saiful Nizam Kamal Arifin ketika dihubungi berkata, kehadiran ubur-ubur merupakan cabaran semula jadi yang lazim dalam acara renang laut terbuka dan telah ditangani secara profesional.

“Saya sendiri sudah lebih 20 tahun dalam bidang ini dan serangan obor-obor bukan perkara luar biasa. Apa yang penting adalah pasukan medik kita bersedia dan semua peserta mendapat rawatan sewajarnya," katanya.

Beliau mengesahkan, peserta berjaya menamatkan perlumbaan dengan selamat termasuk Raja Azlan Muzaffar Shah yang menyertai kategori remaja lelaki.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!